Assalamualaikum...
Semenjak beberapa tahun bertugas di Semenanjung, hari jumaat ni sempat berjemaah di surau Al-Malik, Kg Sebayan dengan para jemaah yang dirahmati Allah S.W.T. Alhamdulillah, walaupun tidak semeriah dan seramai jemaah di Masjid Negara, Kuala Lumpur atau di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur tetapi ianya amat memadai. Khutbah disampaikan oleh Ust Affandi, dibilalkan oleh Ust Asmara dan diimamkan oleh Ust Sharif Garman. Bacaan surah semasa solat jumaat begitu merdu dan sayu rasanya. Inilah kesempatan yang paling bermakna.
Serba sedikit mengenai khutbah jumaat hari ini, menyeru supaya umat Islam bersatu padu dan mengingati bahawa sakit dan kematian boleh berlaku pada bila-bila masa atau datang tanpa diundang. Selain daripada itu, penyakit, kemarau panjang dan bencana alam sering kali hadir menguji ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T. Penyakit AIDS disentuh sebagai peringatan kepada semua kerana, penyakit ini sebenarnya adalah bala kepada manusia yang ingkar dan tidak mematuhi perintah Allah. Cara kehidupan yang moden ini telah mengubah sifat manusia sepenuhnya, ketaqwaan kepada Allah hampir pudar sepenuhnya. Ini adalah cabaran besar kepada semua umat Islam masa kini. Budaya penagihan dadah, berkongsi jarum suntikan, budaya seks bebas, golongan LGBT dan homoseksual adalah dikenal pasti pembawa penyakit seks ini selain pelacur yang bebas mencari pelanggan menyebarkan penyakit tersebut.
Bayangan kehancuran kini hampir jelas kelihatan dan ianya patut disedari semua umat Islam. Musuh-musuh Islam sedang mencari peluang dan ruang untuk masuk menyelinap untuk menghancurkan Islam dari dalam dengan senyap dan teratur. Persoalannya, adakah kita sedar semua itu? ada segelintir umat Islam yang tidak malu dan tidak takut dengan Allah S.W.T dengan menyokong serta mempelopori kegiatan yang boleh mengundang kemurkaan Allah S.W.T.
Begitulah serba sedikit isi khutbah Jumaat, syahdu dan sedih mengingatkan ada ramai lagi manusia dan umat Islam di luar sana yang masih seronok dengan bergelumang dosa yang masih tidak tahu dan sedar bahawa kematian boleh terjadi bila-bila masa. Persoalannya adakah mereka sempat bertaubat dan sempat mengucap kalimah Allah? marilah kita bersama-sama membantu mereka menunjukkan jalan yang sepatutnya mereka lalui. Walaupun kita mungkin tidak mampu mengubah mereka paling tidak bimbingan dan teguran mungkin masih boleh mengubah mereka. Insyallah....
Semoga perjalanan kali ini akan dipertemukan lagi dengan jumaat yang akan datang di surau Al-Malik....insyallah
No comments:
Post a Comment