Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

12 December 2022

Coretan Kenangan Dari Udara Kampung Sebayan - By SS Sky























 

Journey to the North of Borneo - By SS Sky (Pilot/editor)


 

Sekolah Kebangsaan Sebayan by SS Sky (Pilot/editor)


 

Kampung Sebayan Dari Udara - By SS Sky (Pilot/editor)



Cadangan dan Saranan Kepada Kerajaan Negeri Untuk Mengkaji dan Melaksanakan Waktu Berkerja Penjawat Awam Negeri Sabah

Apabila kita perhatikan, sebenarnya kita di Sabah kerugian masa berharga 1 jam berbanding negeri di semenanjung Malaysia. Waktu kita awal berbanding negeri yang lain kecuali Sarawak yang hampir sama.

Menginspirasikan keupayaan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia seperti Johor, Kelantan dan Terengganu yang membuat perubahan waktu bekerja mereka bermula pada hari pada jam 8.00 pagi berakhir jam 5.00 petang pada ahad hingga hari khamis yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 3.30 petang. Negeri-negeri tersebut bercuti pada hari jumaat dan sabtu.
Cuba perhatikan situasi di Sabah, waktu pagi yang awal dan waktu petang yang singkat. Mula masuk pejabat pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari isnin hingga jumaat, cuti hujung minggu pada sabtu dan ahad. Apabila kita melihat semakin jauh, masa berkualiti adalah selepas waktu pejabat hinggalah masuk waktu maghrib yang biasanya mereka yang berkeluarga akan memanfaatkan masa ini beriadah bersama keluarga, begitu juga individu yang mempunyai hobi dan aktiviti petang masing-masing.
Di negeri Sabah selepas waktu pejabat dengan mengambil kira masa perjalanan balik berkerja tiada lagi masa yang boleh diluangkan untuk beriadah bersama keluarga kerana waktu petang yang singkat, kerana secara purata waktu maghrib contohnya di zon 7 - Papar, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang dan Kota Kinabalu adalah antara jam 6.03 petang hingga 6.26 petang manakala waktu keluar pejabat adaklah jam 5.00 petang, tersangkut dalam kesesakan trafik sampai di rumah masing-masing sudah masuk waktu maghrib.
“waktu siang yang singkat, waktu malam yang cepat”
Bagi mewujudkan keluarga Sabah yang harmoni, sihat dan saling memerlukan di sini admin ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya membuat kajian dan pindaan masa berkerja kakitangan awam yang bermula pada jam 7.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang isnin hingga jumaat, mungkin ianya juga boleh disesuaikan dengan agensi swasta. Waktu terbit matahari adalah awal lebih kurang sejam berbanding dengan negeri di Semenanjung membolehkan mereka masuk tugas awal dan balik pada jam 4.00 petang. Tempoh masa yang ada boleh digunakan untuk beriadah bersama keluarga atau melakukan aktiviti berfaedah masing-masing yang akan mendorong warga Sabah yang sihat dan harmoni.
“cadangan waktu masuk pejabat bermula jam 7.00 pagi dan tamat pada jam 4.00 petang“
Kajian perlulah dilakukan dengan mengambil kira semua perkara yang difikirkan perlu. Ambil contoh daripada negeri-negeri yang telah mengubah waktu berkerja mereka sesuai dengan keperluan warga mereka. Sekiranya mereka mampu kenapa kita di Sabah tidak mampu membuat perubahan, ianya bukan ada kaitan dengan politik atau mana-mana individu tetapi adalah untuk warga Sabah secara keseluruhannya.
Diharapkan kerajaan negeri boleh membuat kajian secara menyeluruh dan diperhalusi dengan mengambil kira pendapat orang ramai melalui kajian lapangan dan dibincangkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri untuk diluluskan. Kita perlu berani berubah untuk mencapai sesuatu yang kita fikirkan wajar dan memberi manfaat kepada negeri Sabah dan warganya. Sabah negeri kita yang disayangi, kita ada hak untuk melakukan sesuatu yang berfaedah untuk negeri kita.
Ikhlas daripada, Admin Kampung Sebayan, Kudat bertarikh 11 Disember 2022