Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

31 July 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Esok telah disahkan adalah bermulanya berpuasa bagi seluruh Malaysia. Ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh penduduk Kampung Sebayan. Pekerjaan anda yang semestinya mencabar dengan meredah ombak dan gelora demi sesuap nasi bagi menyara anak-anak dan isteri. Bulan Ramadhan bukanlah halangan yang besar kepada anda untuk tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai anak, bapa dan hamba-Nya. Pekerjaan anda yang menuntut sepenuh tenaga sudah semestinya satu cabaran kepada anda untuk memenuhi tuntutan agama sepanjang Ramadhan ini. Sabar, bersyukur dan yakin Allah tahu apa yg terbaik untuk kita.

Udang, Ketam, ikan dan hidupan laut yang lain sudah semestinya telah sebati dengan anda. Saling bergantung antara satu sama lain dan yang sama adalah semuanya makhluk Allah. Sumbangan berbeza tetapi matlamat sama beribadah kerana Allah. Apa yang sepatutnya membanggakan anda ?  Ya! rezeki yang halal..

Ungus Sebayan menjadi saksi anda pergi ke laut dan balik semula bersama hasil laut dan tidak kurang juga yang balik tanpa sebarang tangkapan. Percayalah Allah telah menentukan yang terbaik untuk anda. Apa yang perlu kita lakukan adalah melaksanakan tanggungjawab kita kepada Allah dan yakinlah bahawa Allah itu Maha Pemurah..

Selamat Berpuasa...