KOSPEN (Komuniti Sihat, Perkasa Negara) |
Inisiatif “Komuniti Sihat, Perkasa Negara” (KOSPEN) adalah satu inisiatif kolaborasi antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Idea bagi inisiatif ini telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam pada bulan Julai 2013. Inisiatf ini adalah untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam penjagaan kendiri bagi mengurangkan beban penyakit tidak berjangkit (atau penyakit NCD) di Malaysia, dengan menggunakan mekanisma kerajaan di peringkat akar umbi.
Memandangkan KEMAS banyak menjalankan program-program yang melibatkan masyakarat sertahubungan rapat dengan komuniti, maka KEMAS telah menjadi agensi pilihan sebagai rakan kongsi strategic kepada KKM bagi menjalinkan kerjasama dalam usaha untuk menerapkan gaya hidup sihat di dalam masyarakat Malaysia. Perlaksanaan inisiatif ini berkonsepkan holding hands di mana KKM memberi panduan teknikal kepada pegawai KEMAS dan juga Sukarelawan yang akan melaksanakan aktiviti di komuniti manakala KEMAS dan Sukarelawan di komuniti yang dilatih akan memainkan peranan sebagai agent of change bagi membentuk amalan sihat di kalangan masyarakat.
Bertempat di Bilik Gerakan Desa Wawasan Kampung Sebayan, pada 04 Jun 2014 telah diadakan satu program dinamakan KOSPEN anjuran bersama Kementerian Kesihatan dan KEMAS. Matlamat program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada penduduk kampung mengenai pentingnya penjagaan kesihatan dan melatih sukarelawan yang mahir dalam pemeriksaan awal kesihatan.
Program seperti ini adalah yang julung kali diadakan dan ianya amat positif dengan mengambil kira situasi semasa. Semangat yang ditunjukkan oleh para peserta juga adalah yang terbaik kerana masing-masing berasa teruja dengan pengalaman yang mereka bakal tempuhi dan ingin berbakti dengan masyarakat komuniti setempat. Langkah ini difikirkan terbaik kerana dengan pemeriksaan awal yang telah dijalankan ianya akan menjimatkan masa rawatan di hospital yang sibuk, jarak yang amat jauh dan ianya mungkin boleh menyelamatkan nyawa.
Penerangan dan tunjuk ajar daripada fasilitator berjaya memberi kefahaman dan pengetahuan seterusnya akan melahirkan sukarelawan KOSPEN yang berpengetahuan.
Sekitar Program KOSPEN Kampung Sebayan
Gambar Kenangan : Fasilitator dan Peserta Program |
Taklimat Modul Pemakanan Sihat Dan Pengurusan Berat Badan |
Peserta yang juga akan menjadi sukarelawan KOSPEN sedang mendengar taklimat dan tunjuk ajar daripada Fasilitator |
Terima Kasih kepada penganjur, ilmu yang diberikan ini amat bernilai. |
Penerangan oleh Fasilitator sebelum pembelajaran pemeriksaan tekanan darah dilakukan |
Pembelajaran membuat pemeriksaan tekanan darah |
Berapa tinggi aku ni? |
Penduduk kampung Sebayan amat menghargai sumbangan pihak terlibat dengan penganjuran program KOSPEN ini yang telah melahirkan sukarelawan KOSPEN secara tidak langsung telah mendidik penduduk kampung betapa pentingnya menjaga kesihatan. Perkara yang terbaik dan amat bermakna yang telah diperolehi sepanjang program ialah 'Ilmu' peserta dapat menimba ilmu dan ilmu ini dibawa ke kampung Sebayan. Diharapkan peserta yang terlibat dapat memanfaatkan ilmu yang telah diperolehi untuk diri sendiri dan keseluruhan komuniti kampung Sebayan.
Tahniah kg Sebayan!!!! Jemput like facebook KOSPEN
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/pages/Komuniti-Sihat-Perkasa-Negara-KOSPEN/378817412271513?ref=hl
Terima kasih...diharapkan program ini berterusan dan menemui titik sentuhan kejayaannya
ReplyDelete