Percutian yang singkat di Sebayan bermula 12 Disember hingga 17 Disember 2012 amat singkat berbanding jumlah hari saya berada di petantauan. Alhamdulillah, percutian yang singkat tetapi amat bermakna dengan solat Jumaat bersama warga Sebayan, dapat melepaskan gian memancing bersama isteri dan anak-anak walaupun hanya memancing anak ikan sembilang 'bedukang' dan ikan kersang tetap menggembirakan.
Pagi hari 16 Disember 2012 bersamaan hari Ahad adalah hari yang menggembirakan buat kaki badminton yang telah lama memendam bakat yang hebat mereka. Pagi hari Ahad tersebut, saya melepaskan gian dengan memanaskan pergelangan tangan dengan raket Yonex Armotec yang saya bawa bersama. Dalam diam saya diperhatikan oleh Awang Affendi (salah seorang bakal menjadi tokoh agama di Sebayan suatu hari nanti), saya keluar rumah dan terserempak dengan beliau sambil bersembang mengenai badminton.
Tanpa perancangan awal satu 'game' telah diaturkan di antara saya, Sharif Harris, Awang Affendi dan sahabat baik semasa bersekolah dulu yang kini menjadi sebahagian keluarga, Cikgu Shafie. Sebelum memulakan 'game' 30 minit pertama terpaksa dilaburkan untuk membersihkan dewan GDW Sebayan yang sudah saban hari tidak digunakan. Dewan yang hebat dan indah semakin hari semakin dimamah keuzuran yang memerlukan pembelaan dengan segera. Setelah itu, permainan dimulakan...wah!! rupanya ada bakat sukan Badminton tersembunyi di Sebayan. Mungkin disebabkan kemudahan yang tidak sesuai serta kemampuan untuk mengadakan aksesori sepatutnya menyebabkan bakat mereka terpendam begitu sahaja. Berbangga juga kerana ada membawa bersama 4 batang raket dan 1 tabung bulu tangkis dan Cikgu Shafie membawa 'net' dapat membuatkan dewan GDW tersebut 'happening' di sebelah pagi dan juga petang. Seronok!! kerana saya berjaya meninggalkan mereka dengan semangat kesukanan yang membara.
Berbalik dengan dewan tersebut, dikhabarkan oleh Hj.Sharif Silan (sepupu) yang merupakan JKKK Kg.Sebayan, permohonan peruntukan pembaikan dewan telah dibuat dan kini hanya menunggu kelulusan dan permulaan hari pembaikan. Saya mengatakan bahawa, sekiranya dewan tersebut telah diperbaiki dan gelanggang badminton dibuat sepatutnya mungkin ianya boleh mendatangkan hasil, paling tidak pun hasil dari dewan tersebut mampu menampung bil elektrik dan pembaikan yang kecil atau mungkin boleh disewakan untuk majlis perkahwinan dengan harga yang berpatutan. Mungkin ianya akan berlaku suatu hari nanti, insyallah.
Kini saya dan keluarga telah selamat sampai di rumah yang terletak di Seri Kembangan, Selangor yang hanya mengambil masa 40 minit perjalanan dari KLIA dan berada di tengah-tengah di antara Kuala Lumpur dan Shah Alam atau 15 minit ke Putrajaya. Kami sekeluarga akan menantikan saat untuk balik bercuti ke Sebayan semula..Insyallah.
No comments:
Post a Comment