Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

13 June 2014

Kudat

Kudat adalah sebuah bandar dan daerah di Sabah, Malaysia timur, di utara pulau Borneo. Ia berfungsi sebagai pusat pentadbiran untuk bahagian Kudat, yang termasuk bandar-bandar Kudat, Pitas, Kota Marudu, dan beberapa pulau luar pesisir.


Kudat terletak di utara Sabah, iaitu kira-kira 190 kilometer di utara Kota Kinabalu. Di barat Kudat, menghadap Laut China Selatan, dan di timur Kudat menghadap laut sulu. Kudat terletak pada garis lintang 6°55'utara, garis bujur 116°50'timur.

 

Menara jam Kudat yang suatu masa dahulu menjadi bualan ramai

Penduduk Kudat (anggaran 1991) adalah 56,000. Komposisi etnik yang utama ialah Rungus, merupakan sub-etnik bumiputra kadazan. Kira-kira 10% penduduk adalah etnik Cina, dan terdapat juga minoriti etnik Bajau, Dusun, Murut, Bugis, Suluk dan Melayu. Bagaimanapun, terdapat juga pendatang asing daripada Mindanao dan kepulauan Sulu.Walau bagaimanapun 51% penduduk Daerah Kudat adalah bumiputera beragama islam ( Bajau Bannaran,Ubian,Sungai, Brunei,Bajau dan Kagayan ), ikuti bumiputera etnik Rungus 30% dan etnik Cina 19%.



Pekan Kudat
 
Bandar ini ditubuhkan oleh A H Everett daripada British North Borneo Company (Syarikat British Borneo Utara) pada 7 Disember 1881 dan menjadi ibu negeri pertama British Borneo Utara, hal ini disebabkan lokasi geografi yang strategik. Kudat mendapat nama awalnya daripada perkataan Bajau-Bannaran iaitu kata "Takudat" yang bermakna Terkejut. Sebelum kedatangan British Ke Kudat, dan sebelum Kudat mendapat namanya kawasan bandar Kudat ditadbir oleh Maharaja Panglima Untung atau nama sebenarnya Hj Abdul Rahim ( beliau merupakan seorang yang berketurunan Suluk-Bannaran/sungai dan beliau merupakan bapa kepada ibu Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun.


Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Datu Hj. Mustapha Datu Hj. Harun
SMN, SPDK, SIMP, PNBS, SPMJ, SPMP, SPCM, KCRL (Lubnan), KVO, OBE (England).

Beliau dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Tampakan, Kudat, Sabah. Beliau adalah anak ke-3 Datu Harun Datu Nasaruddin dan Norani Abdul Rahim. Bapanya bebangsa Suluk dan ibunya adalah Bajau Bannaran. Beliau mempunyai 8 adik-beradik. Adik-beradiknya; Dayang Bidari, Dayang Siti Sarah, Datu Mustapha, Dayang Karum, Datu Aliudin, Datu Muhammadun, Dayang Tahiyah & Dayang Khadijah.
 


Hj Abdul Rahim memerintah Teluk Marudu selepas era Shariff Usman. Beliau Pemerintah Bebas yang diiktiraf oleh Kesultanan Sulu dan British. Haji Abdul Rahim bersepupu dan merupakan salah seorang guru ilmu kebatinan kepada Datu Paduka Mat Salleh atau dikenali juga sebagai Haji Abdul Salam ) yang telah diberikan kekuasaan oleh Sultan Sulu untuk mentadbir wilayah utara Kudat (termasuk Talaga dan Pitas ) berpusat di Limau-limauan ( Kudat ).




Sewaktu A H Everett datang ke Kudat, beliau telah menaiki kapal Besar dan membunyikan hon dan meriam sebagai menandakan kedatangannya ke pantai Kudat. Tindakan ini mengejutkan Hj Abdul Rahim dan mengatakan beliau "Takudat" atau terkejut dengan peristiwa ini. Beliau dan pengikutnya telah menemui A H Everett dan mengalu-alukan kedatangannya ke Kudat. A H Everett telah menerangkan kedatangan beliau ke Kudat dan menerangkan bahawa Sabah telah dipajakkan oleh Sultan Sulu ke pada Kompeni British dan pihak kompeni ingin membuka pelabuhan dan menjadikan pusat pentadbiran di situ atas cadangan dan nasihat Sultan Sulu.
 

Wajah Baharu Bandar Kudat

Keindahan Bandar Kudat di waktu petang
 
A H Everett bertanyakan kepada Hj Abdul Rahim apakah nama tempat itu.Hj Abdul Rahim menerangkan bahawa tempat itu belum bernama tetapi mengatakan beliau 'tekudat' atau terkejut dengan kedatangan pihak kompeni British. A H Everett mengulangi kata-kata KUDAT! dalam loghat British dan menyebut Yes Kudat...Sejak itu tempat itu dipersetujui untuk dinamakan sebagai KUDAT. Walau Bagaimanapun, setelah berkali-kali diserang oleh lanun , selepas beberapa tahun British beralih ke pelabuhan Sandakan yang lebih selamat di timur Sabah.
 
 
Wajah baharu Kampung Air
 
Pada awalnya, Kudat bukanlah lokasi popular untuk pelawat-pelawat asing. Bagaimanapun beberapa resort moden dan padang golf yang telah dibina terutamanya semasa Datuk Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri Sabah berjaya menjadikan tempat ini sebagai destinasi baru pelancong dalam dan luar negeri. Tarikan setempat termasuklah rumah panjang Rungus di Bavang Gazo, di mana di tempat ini juga gong tradisional dibuat daripada loyang, dan madu lebah dihasilkan serta Tanjung Simpang Mengayau, titik paling utara di pulau Borneo. (Rujukan; wikipedia.org)
 
 
The Tip Of  Borneo - Tanjung Simpang Mengayau
 

12 June 2014

Kampung Sebayan

Lokasi Kampung Sebayan

Mesyuarat AJKKP Kg. Sebayan Sesi 2014/2016 Felcra Kawasan Kudat di Marina Kudat

Tengah bermesyuarat dorang-dorang ni, semoga ada perkembangan positif yang memberikan faedah terbaik untuk penduduk kampung kita. Pada tarikh dan masa ini, mesyuarat sedang berlangsung. Gambar ehsan; Sharif Bakir

Gambar ehsan; Ustaz Diman

Orang-orang kuat Sebayan...
Gambar ehsan; Sharif Bakir

10 June 2014

Bangsa Bajau Di Sabah Memerlukan Pengklasifikasian Yang Jelas

"BAJAU adalah terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah sejak beberapa ratus tahun yang lama dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya. Manakala di sebelah Pantai Barat mereka dikenali sebagai Bajau Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.
 
 
Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal dengan penunggang kuda, pembuatan parang dan menjadi pesawah serta penternak. Pada masa yang sama juga, masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies" Panglima Di laut, Pelaut dan Pelayar Terunggul.”
 
 
Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Marudu, Kota Belud dan Papar. Manakala Orang Bajau Pantai Τimur pula menetap di sekitar Κudat, Ѕandakan, Lahad Datu, Κunak, Semporna dan Tawau.
 
 
Bajau Samah yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau Samah dan Irranun di Kota Belud. Pedang Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualitinya dan senang di perolehi sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata yang harus di beli oleh para pelancong dari luar negara mahupun dalam negeri yang singgah ke Kota Belud.
 
 
Orang Bajau Samah Pantai Вarat adalah berbeza dengan Orang Bajau Рantai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisi, pemakanan adat resam dan budaya hidup adalah sangat-sangat berbeza. Masyarakat Bajau Samah Pantai Barat banyak yang terlibat dengan pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut." - Sumber wikipedia.org bahasa Melayu
 
 
Begitulah penterjemahan dan andaian penterjemah sejarah atau orang perseorangan yang mentafsirkan Bangsa Bajau mengikut selera sendiri tanpa rujukan yang tepat. Pengetahuan kita di Sabah amat berbeza dengan apa yang tercoret seperti di atas, Bajau Kota Belud, Bajau Tuaran, Bajau Kudat-Kota Marudu, Bajau Laut, Bajau Semporna-Ubian yang terdapat di Pulau Banggi dan Kudat (mempunyai persamaan). Persepsi masyarakat Malaysia terutamanya di Semenanjung mengandaikan bahawa Bangsa Bajau adalah Bajau Semporna. Bangsa Bajau atau jomosama adalah merujuk kepada bangsa Bajau dari Kota Belud, Tuaran, Papar, Kudat dan Kota Marudu ini yang masyarakat di Sabah tahu.
 
 
Penulis ingin mencadangkan agar pengklasifikasian dilakukan oleh mereka-mereka yang berkaitan dan bertanggungjawab agar tidak berlaku kecelaruan identiti bangsa Bajau itu sendiri. Insiden Lahad Datu sedikit sebanyak telah mewujudkan beberapa persepsi negatif terutamanya kepada bangsa Bajau yang kononya adalah pengganas Sulu. Kerajaan Negeri Sabah mungkin perlu melakukan sesuatu dengan menggunapakai sejarahwan, penduduk kampung dan ketua suku kaum, Universiti Malaysia Sabah dan sumber-sumber yang sahih. Ini penting bagi menampakkan begitu indahnya Sabah yang didiami oleh masyarakat berbilang kaum dan etnik yang selama ini telah mewarnai keunikan Sabah Negeri Di bawah Bayu.
 
 
Penulis juga ingin mencadangkan kepada mereka-mereka yang mempunyai pengetahuan, bijak pandai, arif dan berpengaruh untuk mewujudkan Kamus Bahasa Bajau. Ini dilihat amat penting kerana kita takut pada masa akan datang, generasi muda akan lupa dan tidak tahu bertutur dialek asal warisan mereka yang mungkin diakibatkan oleh transmigrasi, perkahwinan campur dan faktor-faktor yang mungkin akan menyumbang kepada situasi ini. Ini perlu difikirkan dan diambil tindakan.
 
 
"Allahyarham Tuanku Sharif Osman dan sahabat-sahabatnya adalah pejuang yang mempertahankan tanahair tetapi sejarah Barat mengatakan mereka ini adalah lanun yang kita tahu adalah suatu penyelewengan fakta sejarah hanya kerana menentang penjajah Barat. Kita tidak mahu ianya akan berulang, oleh itu sesuatu perlu dilakukan"
 
 
Tidak banyak tetapi mungkin sedikit, cadangan yang terbaik mungkin boleh menjadikan bangsa kita terbilang suatu hari nanti, in sha Allah.

09 June 2014

Rezeki Naik Ke Darat

Saat-saat mendebarkan apabila sesuatu dikesan sedang bergerak di hadapan kampung.
Operasi pemburuan pun bermula.


Pari atau Pai telah berjaya ditewaskan berserta dengan bonus, seekor ikan.


Inilah dia...seekor pari serta seekor ikan yang berjaya ditewaskan.



Kenduri satu kampung. "Ling jomo amun teko no rezeki, sikot teba pan un daing"
Meriah dan happening di kampung kita. Peristiwa ini berlaku 2 minggu lepas dari tarikh artikel ini di post.
Imej dirakam pada 09/06/2014 oleh Sharifah Bayan

Inilah rutin nelayan di kg.Sebayan

Dan...inilah rezeki yang Allah SWT kurniakan....

Ahli Jawatankuasa Kampung Sebayan

Ketua Kampung : Hj. Sharif Agap bin Hj. Sharif Akil

JKKK                 : Hj. Sharif Silan bin Hj. Sharif Mohamad

Timb. JKKK        : En. Aman bin Apang

SU / Bendahari  : Sharif Haris bin Sharif Sai


AJK 

1. En. Huyuk bin Olo  
2. En. Osman bin Ahmad 
3. Cik. Enoliya bt Mogup            

Biro

Biro Keagamaan dan Kemasyarakatan : Ustaz Sharif Garman bin Hj. Sharif Mondoi

Biro Kebersihan/Kesihatan dan Keceriaan : Sharifah Salmiah Bte Hj. Sharif Agap

Biro Ekonomi dan Keusahawanan : Sharifah Sardah bte Hj. Sharif Agap

Biro Pendidikan : Sharifah Fazilah bte Sharif Ali

Biro ICT : Sharifah Bayan bte Hj. Sharif Mondoi

Biro Sambutan Kemerdekaan : Sharifah Azimah bte Hj. Sharif Mohamad





 
                        

28 March 2014

Kota Marudu Dan Keturunan 'Sharif' Dari Kacamata Penterjemah Sejarah

Marudu berasal dari bahasa salah satu suku kaum di Sabah. Kata "MARUDU" berasal dari bahasa orang-orang BAJAU-SULUK atau BANNARAN iaitu dari kata "MAIRUDU" atau MAIULUDU"yang dalam bahasa Melayu membawa maksud " suatu kedudukan di situ-situ juga". Orang-orang Bajau-Suluk yang mendiami perairan Teluk Marudu dan melakukan aktiviti menangkap ikan dan perdagangan laut di perairan Marudu sering kali belayar dari Limau-limauan Kudat menyusuri teluk Marudu hingga ke Kg telaga Pitas . Apabila mereka belayar balik ke seberang teluk di Limau-limauan mereka akan melalui jalan pintas atau menyeberangi Teluk Marudu dan bukan lagi menyusuri Teluk Marudu. Mereka yang berkomunikasi sesama orang laut apabila ditanya dari mana, mereka akan menjawab "Mairu du" atau "Mairu lu " atau dalam bahasa Melayu bererti "di situ juga" ( merujuk kepada kedudukan geografi Teluk Marudu yang membentuk satu lingkungan teluk yang besar). Lama-kelamaan istilah Mairudu bertukar ke marudu dan mailudu menjadi Maludu. Justeru itu, penulis-penulis Barat sering kali merujuk Marudu sebagai Marudu, Marudo atau Maludu.

Nama Marudu atau Marudu mula dipetakan oleh seorang ahli pelayaran Belanda pada tahun 1595 yang belayar dari Brunei melalui Marudu menuju ke Palawan dan seterusnya ke Pulau Sulu. Sewaktu di perairan Marudu beliau telah menemui orang-orang Bajau -Suluk atau Banaran atau digelar juga oleh orang Sepanyol sebagai "Camucones" yang menjadi askar laut kerajaan Brunei dan Sulu ketika itu. Orang-orang Bajau-Suluk juga menamakan beberapa tempat di kawasan Teluk Marudu menggunakan bahasa mereka, antaranya ialah " Matunggong" ( bererti di hujung pulau kecil dari kata Ma Tong Gong iaitu sebuah pulau kecil di muara sungai Matunggong di Teluk Marudu), Bak-Bak ( bererti tempat berjumpa dari kata "Bak ", iaitu sekarang Pantai Bak-Bak di Kudat ), Bulih Adjung ( bererti buritan kapal jong dari dua kata iaitu Buli dan Adjung, sebuah tempat berhampiran sungai Tandek, Kota Marudu ),Sampang mangayau ( bererti menemui orang untuk beradu kekuatan, dari kata Sampang dan kata Mangayau ), " Pitas " dari kata "Pi Tas" ( Pitas dalam bahasa Balanini bererti "suatu keadaan yang satu tapi akhirnya tercerai atau terpisah secara tidak sengaja" ), Malubang dari kata "Ma Lobong" yang bererti "di tempat yang ada kuburan", Tombarungus ( dari kata "Tong Ma Ungus" yang bererti "Tanjung Pasir " )dan banyak lagi nama-nama tempat di perairan Teluk Marudu berasal dari perkataan Bannaran.

Kota Marudu asalnya bernama Bandau. Nama ini telah digunakan sejak sebelum Negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia, sehinggalah tahun 1974. Menurut legenda daerah ini, Bandau adalah terbitan daripada perkataan 'Mondou' daripada diaiek suku Momogun Rungus [Kadazandusun] yang bermaksud "ketua semua binatang buas" yang rupanya seakan-akan musang. Mondou dipercayai pada suatu masa dahulu di jumpai oleh Aki Rungsud kawasan di sepanjang Sungai Bandau.

Manakala nama Kota Marudu yang digunakan untuk menggantikan Bandau adalah sempena peninggalan sebuah kota/kubu yang terletak di Teluk Bandau. Kota atau kubu Marudu merupakan sebuah kota yang diperbuat daripada batu-batu, tanah dan kayu-kayu keras seperti belian dan nibung yang dibuat oleh Shariff Osman dan pengikut-pengikutnya untuk mempertahankan Kota Marudu daripada pencerobohan penjajah Kompeni British. Di kawasan kota ini terdapat beratus-ratus (mungkin ribuan ) kuburan-kuburan para pejuang yang berjuang menentang penjajah British dan juga Makam Syariff Osman dan anaknya Syariff Merum. Makam Syarif Osman dulunya mempunyai dua batu nisan yang jarak antara keduanya mencapai 20 kaki dan dipercayai memanjang setiap hari. Makam ini dulunya dijaga dan diletakkan kelambu kuning tetapi pada masa ini ia telahpun tidak diurus dan terbiar.

Istilah Syariff Osman adalah lanun sebenarnya adalah istilah yang diberikan oleh Penjajah British untuk memburuk-burukkan nama Syariff Osman. Menurut D.s Ranjit Singh, dalam Buku COMMERATIVE HISTORY OF SABAH 1881 - 1981, m.s 96, Syariff Osman diisytiharkan sebagai lanun dan pemberontak oleh Raja Muda Hashim ( Brunei ) dan sekutunya British dan James Brooke kerana Syariff Osman menjadi ancaman kepada pertuanan Brunei di Sabah dan James Brooke di Sarawak serta pihak British. Syariff Osman telah secara terbuka mengisytiharkan sokongannya terhadap Pengiran Yusoff yang berperang dengan Raja Muda Hashim/British dan mengistiharkan bahawa beliau menentang penjajahan British dan mengisytiharkan kerajaan sendiri. Tindakan ini mengugat kekuasaan pihak Brunei,James Brooke dan British. Syariff Osman sebenarnya adalah pemerintah di Kawasan Kota Marudu yang diperuntukkan oleh Sultan Sulu.Isteri Syariff Osman adalah seorang Puteri Sulu dan anak saudara Sultan Sulu. Syariff Osman adalah seorang berketurunan syariff berdarah campuran Suluk/Bajau/Brunei bersepupu dengan Syariff Masyhor di Sarawak yang terlibat menentang penjajah British sehingga dibuang negeri ke Singapura.

Menurut bahasa Momogun Rungus pula,Kota Marudu berasal dari kata bahasa Momogun Rungus iaitu "Sindaat Mogkorudu" di mana kawasan Bandau selama hampir 100 tahun dalam kiraan kalendar Momogun Rungus telah ditinggalkan setelah perang melibatkan Sindaat [sihir] yang dilancarkan oleh Aki Sook, seorang Bobolizan Rovusan. Menurut legenda Momogun Rungus, Bandau telah dibuka oleh Aki Rungsud sebagai satu pusat perdagangan sistem barter pada zaman lampau dan pada zaman Aki Sook telah berlaku perebutan kekuasaan antara Momogun Rungus Pilapazan dan Momogun Rungus Kirangavan yang mengakibatkan perang Sindaat [Sihir]. Setelah Sindaat Mogkorudu dilancarkan pusat perdagangan barter Momogun Purba itu telah ditinggalkan dan dikosongkan selama hampir 100 tahun iaitu selepas melalui kalendar Upacara Mamasi Pomogunan dan Upacara Managas.

Syariff Osman memerintah Marudu atas perkenan Sultan Sulu.Walau bagaimanapun, akhirnya ia mendirikan independent chiefdom yang berkecuali dan disebutkan " many people came to settle under his jurisdiction as he could provide protection and security ". R.S Singh " The Development of Native Administration in Sabah 1877-1946" dalam buku COMMERATIVE HISTORY OF SABAH 1881-1981, m.s. 96.Oleh itu, Syariff Osman sebenarnya adalah seorang Pemerintah Bebas, Pejuang, Pelindung Rakyat Marudu dan bukannya lanun.

Menurut S.St.John dalam bukunya 'Life in the Forests of the Far East', London, 1863, pp.394-6 disebutkan bahawa penduduk yang mendiami Shariff Osman,s Chiefdom ( Marudu atau Maludu)dianggarkan lebih kurang 50,000 orang ( tahun 1840 an ) dan pekerjaan utama penduduknya ialah penternakan dan nelayan.

Syariff Osman terlibat dalam perang menentang penjajah Inggeris sekitar tahun 1840 an. Sehingga pada hari ini Bandau yang dikenali dahulu mengambil nama Sindaat Mogkorudu [Marudu] yang dilancarkan oleh Aki Sook yang berperanan sebagai pelupus dosa-dosa Momogun dalam upacara Agama Labus iaitu agama leluhur Momogun Rungus. Mogkorudu bermakna "meratap atas kematian". Legenda ini terus hidup dalam suku Momogun Rungus.

Manakala dalam Peta Penjajah Sepanyol abad ke-13 Marudu ditulis sebagai Maludu dan dipercayai adalah antara dokumen sejarah tertua yang mencatatkan nama Marudu.

" Semoga roh-roh mereka yang berjuang menentang penjajah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman"
 
Sebagai penerus keturunan Sharif, kita patut berbangga bahawa keturunan kita juga adalah penyumbang kepada keamanan negara. Kita bukan sesiapa, tetapi adakah mereka-mereka di luar sana tahu? kalau menilai keturunan kita berdasarkan fakta sejarah British mana keturunan kita akan dipandang serong. Tetapi hakikatnya...mereka adalah pejuang. Semoga roh nenek moyang kita Sharif Osman dan ahli keluarganya akan di tempatkan di kalangan orang-orang beriman...

18 December 2012

Terima Kasih Sebayan

Percutian yang singkat di Sebayan bermula 12 Disember hingga 17 Disember 2012 amat singkat berbanding jumlah hari saya berada di petantauan. Alhamdulillah, percutian yang singkat tetapi amat bermakna dengan solat Jumaat bersama warga Sebayan, dapat melepaskan gian memancing bersama isteri dan anak-anak walaupun hanya memancing anak ikan sembilang 'bedukang' dan ikan kersang tetap menggembirakan.

Pagi hari 16 Disember 2012 bersamaan hari Ahad adalah hari yang menggembirakan buat kaki badminton yang telah lama memendam bakat yang hebat mereka. Pagi hari Ahad tersebut, saya melepaskan gian dengan memanaskan pergelangan tangan dengan raket Yonex Armotec yang saya bawa bersama. Dalam diam saya diperhatikan oleh Awang Affendi (salah seorang bakal menjadi tokoh agama di Sebayan suatu hari nanti), saya keluar rumah dan terserempak dengan beliau sambil bersembang mengenai badminton. 

Tanpa perancangan awal satu 'game' telah diaturkan di antara saya, Sharif Harris, Awang Affendi dan sahabat baik semasa bersekolah dulu yang kini menjadi sebahagian keluarga, Cikgu Shafie. Sebelum memulakan 'game' 30 minit pertama terpaksa dilaburkan untuk membersihkan dewan GDW Sebayan yang sudah saban hari tidak digunakan. Dewan yang hebat dan indah semakin hari semakin dimamah keuzuran yang memerlukan pembelaan dengan segera. Setelah itu, permainan dimulakan...wah!! rupanya ada bakat sukan Badminton tersembunyi di Sebayan. Mungkin disebabkan kemudahan yang tidak sesuai serta kemampuan untuk mengadakan aksesori sepatutnya menyebabkan bakat mereka terpendam begitu sahaja. Berbangga juga kerana ada membawa bersama 4 batang raket dan 1 tabung bulu tangkis dan Cikgu Shafie membawa 'net' dapat membuatkan dewan GDW tersebut 'happening' di sebelah pagi dan juga petang. Seronok!! kerana saya berjaya meninggalkan mereka dengan semangat kesukanan yang membara.

Berbalik dengan dewan tersebut, dikhabarkan oleh Hj.Sharif Silan (sepupu) yang merupakan JKKK Kg.Sebayan, permohonan peruntukan pembaikan dewan telah dibuat dan kini hanya menunggu kelulusan dan permulaan hari pembaikan. Saya mengatakan bahawa, sekiranya dewan tersebut telah diperbaiki dan gelanggang badminton dibuat sepatutnya mungkin ianya boleh mendatangkan hasil, paling tidak pun hasil dari dewan tersebut mampu menampung bil elektrik dan pembaikan yang kecil atau mungkin boleh disewakan untuk majlis perkahwinan dengan harga yang berpatutan. Mungkin ianya akan berlaku suatu hari nanti, insyallah.

Kini saya dan keluarga telah selamat sampai di rumah yang terletak di Seri Kembangan, Selangor yang hanya mengambil masa 40 minit perjalanan dari KLIA dan berada di tengah-tengah di antara Kuala Lumpur dan Shah Alam atau 15 minit ke Putrajaya. Kami sekeluarga akan menantikan saat untuk balik bercuti ke Sebayan semula..Insyallah.

14 December 2012

Solat Jumaat Di Surau Al-Malik Kg Sebayan

Assalamualaikum...

Semenjak beberapa tahun bertugas di Semenanjung, hari jumaat ni sempat berjemaah di surau Al-Malik, Kg Sebayan dengan para jemaah yang dirahmati Allah S.W.T. Alhamdulillah, walaupun tidak semeriah dan seramai jemaah di Masjid Negara, Kuala Lumpur atau di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur tetapi ianya amat memadai. Khutbah disampaikan oleh Ust Affandi, dibilalkan oleh Ust Asmara dan diimamkan oleh Ust Sharif Garman. Bacaan surah semasa solat jumaat begitu merdu dan sayu rasanya. Inilah kesempatan yang paling bermakna.

Serba sedikit mengenai khutbah jumaat hari ini, menyeru supaya umat Islam bersatu padu dan mengingati bahawa sakit dan kematian boleh berlaku pada bila-bila masa atau datang tanpa diundang. Selain daripada itu, penyakit, kemarau panjang dan bencana alam sering kali hadir menguji ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T. Penyakit AIDS disentuh sebagai peringatan kepada semua kerana, penyakit ini sebenarnya adalah bala kepada manusia yang ingkar dan tidak mematuhi perintah Allah. Cara kehidupan yang moden ini telah mengubah sifat manusia sepenuhnya, ketaqwaan kepada Allah hampir pudar sepenuhnya. Ini adalah cabaran besar kepada semua umat Islam masa kini. Budaya penagihan dadah, berkongsi jarum suntikan, budaya seks bebas, golongan LGBT dan homoseksual adalah dikenal pasti pembawa penyakit seks ini selain pelacur yang bebas mencari pelanggan menyebarkan penyakit tersebut.

Bayangan kehancuran kini hampir jelas kelihatan dan ianya patut disedari semua umat Islam. Musuh-musuh Islam sedang mencari peluang dan ruang untuk masuk menyelinap untuk menghancurkan Islam dari dalam dengan senyap dan teratur. Persoalannya, adakah kita sedar semua itu? ada segelintir umat Islam yang tidak malu dan tidak takut dengan Allah S.W.T dengan menyokong serta mempelopori kegiatan yang boleh mengundang kemurkaan Allah S.W.T. 

Begitulah serba sedikit isi  khutbah Jumaat, syahdu dan sedih mengingatkan ada ramai lagi manusia dan umat Islam di luar sana yang masih seronok dengan bergelumang dosa yang masih tidak tahu dan sedar bahawa kematian boleh terjadi bila-bila masa. Persoalannya adakah mereka sempat bertaubat dan sempat mengucap kalimah Allah? marilah kita bersama-sama membantu mereka menunjukkan jalan yang sepatutnya mereka lalui. Walaupun kita mungkin tidak mampu mengubah mereka paling tidak bimbingan dan teguran mungkin masih boleh mengubah mereka. Insyallah....

Semoga perjalanan kali ini akan dipertemukan lagi dengan jumaat yang akan datang di surau Al-Malik....insyallah

11 November 2012

Warna Warni Kampung Sebayan

Kampung Sebayan, Kudat, Sabah
Jam 6.00 pagi
Sabah Land Below The Wind
Jalur Gemilang tetap megah berkibar di mana jua
Teluk Marudu - Sumber rezeki
Pokok mangga yang masih tegak berdiri
Tenang berada di kampung
Kemudahan yang memerlukan pembelaan
Bertahun menunggu...."akhirnya..."
Rumah Pakcik Berahim
Surau Al-Malik
Tabika KEMAS - Sharifah Bayan bte Sharif Mondoi
Pembantu - Sharifah Norli (Suli)
Wajah penuh ceria
Pewaris masa hadapan
Taska PERMATA - Sharifah Azimah bte Sharif Muhammad

Suasana ceria
Apa yang mereka tengok tu? oh!! tebuan.....!!!


PM juga ada di sini
Kemas dan ceria
Menggamit perasaan
Persekitaran ceria
Tidak pernah berubah
Dewan Serbaguna
Sudah di 'booking'
Senja di Sebayan