Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

12 December 2022

Coretan Kenangan Dari Udara Kampung Sebayan - By SS Sky























 

Journey to the North of Borneo - By SS Sky (Pilot/editor)


 

Sekolah Kebangsaan Sebayan by SS Sky (Pilot/editor)


 

Kampung Sebayan Dari Udara - By SS Sky (Pilot/editor)



Cadangan dan Saranan Kepada Kerajaan Negeri Untuk Mengkaji dan Melaksanakan Waktu Berkerja Penjawat Awam Negeri Sabah

Apabila kita perhatikan, sebenarnya kita di Sabah kerugian masa berharga 1 jam berbanding negeri di semenanjung Malaysia. Waktu kita awal berbanding negeri yang lain kecuali Sarawak yang hampir sama.

Menginspirasikan keupayaan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia seperti Johor, Kelantan dan Terengganu yang membuat perubahan waktu bekerja mereka bermula pada hari pada jam 8.00 pagi berakhir jam 5.00 petang pada ahad hingga hari khamis yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 3.30 petang. Negeri-negeri tersebut bercuti pada hari jumaat dan sabtu.
Cuba perhatikan situasi di Sabah, waktu pagi yang awal dan waktu petang yang singkat. Mula masuk pejabat pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari isnin hingga jumaat, cuti hujung minggu pada sabtu dan ahad. Apabila kita melihat semakin jauh, masa berkualiti adalah selepas waktu pejabat hinggalah masuk waktu maghrib yang biasanya mereka yang berkeluarga akan memanfaatkan masa ini beriadah bersama keluarga, begitu juga individu yang mempunyai hobi dan aktiviti petang masing-masing.
Di negeri Sabah selepas waktu pejabat dengan mengambil kira masa perjalanan balik berkerja tiada lagi masa yang boleh diluangkan untuk beriadah bersama keluarga kerana waktu petang yang singkat, kerana secara purata waktu maghrib contohnya di zon 7 - Papar, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang dan Kota Kinabalu adalah antara jam 6.03 petang hingga 6.26 petang manakala waktu keluar pejabat adaklah jam 5.00 petang, tersangkut dalam kesesakan trafik sampai di rumah masing-masing sudah masuk waktu maghrib.
“waktu siang yang singkat, waktu malam yang cepat”
Bagi mewujudkan keluarga Sabah yang harmoni, sihat dan saling memerlukan di sini admin ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya membuat kajian dan pindaan masa berkerja kakitangan awam yang bermula pada jam 7.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang isnin hingga jumaat, mungkin ianya juga boleh disesuaikan dengan agensi swasta. Waktu terbit matahari adalah awal lebih kurang sejam berbanding dengan negeri di Semenanjung membolehkan mereka masuk tugas awal dan balik pada jam 4.00 petang. Tempoh masa yang ada boleh digunakan untuk beriadah bersama keluarga atau melakukan aktiviti berfaedah masing-masing yang akan mendorong warga Sabah yang sihat dan harmoni.
“cadangan waktu masuk pejabat bermula jam 7.00 pagi dan tamat pada jam 4.00 petang“
Kajian perlulah dilakukan dengan mengambil kira semua perkara yang difikirkan perlu. Ambil contoh daripada negeri-negeri yang telah mengubah waktu berkerja mereka sesuai dengan keperluan warga mereka. Sekiranya mereka mampu kenapa kita di Sabah tidak mampu membuat perubahan, ianya bukan ada kaitan dengan politik atau mana-mana individu tetapi adalah untuk warga Sabah secara keseluruhannya.
Diharapkan kerajaan negeri boleh membuat kajian secara menyeluruh dan diperhalusi dengan mengambil kira pendapat orang ramai melalui kajian lapangan dan dibincangkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri untuk diluluskan. Kita perlu berani berubah untuk mencapai sesuatu yang kita fikirkan wajar dan memberi manfaat kepada negeri Sabah dan warganya. Sabah negeri kita yang disayangi, kita ada hak untuk melakukan sesuatu yang berfaedah untuk negeri kita.
Ikhlas daripada, Admin Kampung Sebayan, Kudat bertarikh 11 Disember 2022

19 April 2021

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Kepada Seluruh Warga kampung Sebayan, Ahli Keluarga dan Sahabat Handai. Semoga Ibadah Pada Tahun Ini Mendapat Keberkatan Illahi.

25 May 2020

Perginya Tidak Kembali, Hilangnya Sukar Dicari

Pada tanggal 11 April 2019 bersamaan 5 Syaaban 1440H (Khamis) dterima satu perkhabaran duka bahawa Sharif Kassim bin Sharif Indun yang terlantar sakit di wad Paliatif, Hospital Queen Elizabeth telah meninggal dunia untuk bertemu Pencipta Yang Maha Esa akibat sakit kanser. 

Perkhabaran yang amat sukar diterima seolah-olah ianya adalah perkhabaran palsu yang tular seperti berita-berita sensasi yang lain. Setelah semakan dibuat dan pengesahan doktor maka benarlah Allahyarham telah meninggalkan kita. 

Setelah dikhabarkan berita pemergian Allahyarham, ramai masih tidak percaya mungkin pernah bertemu Allahyarham sebelum ini dan tidak menyangka pemergiannya.

Allahyarham seorang yang amat tegas dalam mendidik, tidak mengejar pangkat dan populariti. Ini terbukti sejak mula menjadi guru, allahyarham tidak pernah bertukar keluar daripada SK.Sebayan hinggalah ke akhir hayatnya. 

Tetap setia mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak bangsa di Tanah tumpah darahnya. Allahyarham memiliki bakat yang hebat dalam muzik, seni daripada menghasilkan lagu, menghasilkan dan menggubah muzik, menjadikan kanak-kanak sekolah dari kampung tahu muzik dan mencipta nama dalam industri tersebut seperti Kumpulan Kidz dan Akarimba yang menggabungkan anak-anak kampung dari kampuing Sebayan dan sekitarnya. 

Allahyarham juga hebat dalam sukan terutamanya sukan bola sepak. Tidak hairanlah sekiranya Allahyarham adalah guru Muzik, guru seni dan guru Pendidikan Jasmani yang hebat.
Ramai yang tidak tahu, logo S.K Sebayan dicipta oleh Allahyarham begitu juga lagu rasmi S.K Sebayan juga adalah hasil ciptaan kreatif Allahyarham. 

Apa yang penulis tahu, penterjemahan logo S.K Sebayan juga sebenarnya amat kreatif. S.K Sebayan diberikan sempena nama Kg. Sebayan, imej bukit berwarna biru itu adalah menggambarkan bukit Si Jawa atau orang kampung yang lain menggelarkan bukit tersebut sebagai 'Molohing'. Apabila berada di lautan Teluk Marudu di waktu malam, bukit inilah menjadi panduan untuk menentukan haluan selain pantainya yang putih hingga terciptanya lagu Ungus Sebayan. Imej tangkai padi dan ikan tersebut menjelaskan aktiviti perladangan padi huma dan perikanan merupakan aktiviti utama penduduk kampong Sebayan. 

Di sebalik itu, imej pelita, buku dan jangka tolok itu merupakan ketegasan Allahyarham bahawa di sebalik semua itu pelajaran adalah yang paling utama untuk menentukan masa depan anak bangsa.

Moto 'Berdikari dan Berbakti' adalah menggambarkan kesamaan sikap sebenar Allahyarham, walaupun bersusah payah Allahyarham meneruskan pelajaran hingga mampu memasuki Maktab Perguruan Kent Tuaran dan terus berbakti di Sk. Sebayan hingga ke akhir hayatnya.



Logo Rasmi SK.Sebayan


Allahyarham merasakan kesihatanya semakin merosot kemudian mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara intensif. 

Terkejut !! doktor sahkan Allahyarham menghidap kanser tahap 4 pada bulan Mei 2018. 

Allahyarham menyatakan bahawa dia sempat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan sebelum itu dan tidak menyangka akan menerima dugaan terbesar seperti itu dalam hidupnya. 

Allahyarham bukanlah jenis yang cepat mengalah, dengan usaha yang dilakukan Allahyarham telah mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Hospital Likas dengan melalui beberapa prosedur rawatan yang amat berat untuk ditanggung dengan keadaan tubuh badan yang semakin lemah. 

Berkat keazaman dan semangat yang tinggi untuk sembuh Allahyarham mengharungi jua semua prosedur tersebut untuk beberapa bulan termasuklah prosedur Kimoterapi yang amat memeritkan.

Setelah beberapa prosedur yang dilakukan, masih belum dapat menghentikan perebakan sel kanser tersebut hingga pada 26 Mac 2019 semasa dirawat di Hospital Likas, doktor yang menjalankan prosedur  tersebut menyatakan, berdasarkan laporan perubatan semasa menunjukkan sel kanser telah merebak ke bahagian abdomen dan hati. 

Menitis air mata mendengar penerangan doktor tersebut dan allahyarham seperti sudah redha dengan keadaan kesihatannya ketika itu.

Doktor melakukan prosedur tersebut adalah untuk mengeluarkan urin yang tersekat pada buah pinggan bagi mengelakkan terjadinya serangan jantung oleh toksik yang terkumpul dalam buah pinggan tersebut.

Allahyarham mengagahkan diri untuk menerima prosedur tersebut dengan harapan tidak bergantung lagi dengan proses cuci darah yang amat memeritkan.

Setelah beberapa lama selepas prosedur tersebut dilakukan, ianya seperti tidak mengubah apa-apa keadaan malah kesihatan Allahyarham semakin merosot. Doktor mengesyorkan lagi untuk melakukan prosedur yang sama pada sebelah buah pinggang lagi, tetapi Allahyarham sudah tidak sanggup lagi menahan kesakitan yang ditanggung kemudian menolak untuk melakukan prosedur tersebut. Doktor terpaksa memanggil waris untuk berbincang mengenai status perawatan Allahyarham, diperjelaskan semua perkara dan kebarangkalian yang akan timbul. 

Doktor menerangkan segalanya dengan amat tersusun, berhemah dan difahami. Doktor mengesyorkan untuk dipindahkan ke wad Paliatif (PCU) Hospital Queen Elizabeth 1 kerana segala prosedur perawatan telah dilaksanakan dan tidak dapat mengatasi perebakan sel kanser tersebut.

Dengan berat hati perkara ini disampaikan kepada adik beradik Allahyarham berkenaan perkara tersebut. Apa yang menyentuh hati apabila perkara ini disampaikan kepada salah seorang adik Allahyarham dan dimaklumkan, Allahyarham telah memberitahu beliau untuk tidak membuat keputusan berkenaan perawatan allahyarham dan menyerahkan  keputusan kepada anak-anak angkat Allahyarham. 

Setelah perbincangan dilakukan, maka dipersetujui Allahyarham dipindahkan ke PCU, QEH 1. Setelah dipindahkan ke PCU, saban hari kesihatan Allahyarham semakin merosot. 

Hanya iringan doa kesembuhan sahaja yang mampu dititipkan oleh semua ahli keluarga dan kenalan Allahyarham. Sedih melihatkan situasi tersebut.

Pada 5 April 2019, salah seorang anak saudara Allahyarham datang ziarah dan menitipkan air zam-zam dan kurma yang dibawa balik dari mengerjakan umrah. 

Anak-anak angkat Allahyarham telah memberikan beberapa sudu air zam-zam dan kurma untuk dijadikan alas perut kerana sudah beberapa hari Allahyarham tidak mahu makan. Teramat sedihnya tatkala melihat Allahyarham meneguk air zam-zam dan beberapa gigitan kurma sambil dibisikkan bahawa dua bahan itu dibawa balik dari Tanah suci,mengangguk tanda faham. Selepas itu, Allahyarham sering minta untuk diberikan air zam-zam walaupun hanya beberapa teguk. 

Pada hari ahad selepas itu, adik Allahyarham memaklumkan ahli keluarga bahawa terdapat beberapa perubahan yang amat menggembirakan yang berlaku, semua mengucapkan syukur Alhamdulillah dengan melihat keadaan itu. Allahyarham juga ada meminta untuk disuapkan bubur nasi  sambil menyatakan sudah 7 hari tidak menjamah makanan. 

Menitis air mata mendengar kata-katanya. Hebatnya Allahyarham, ketika menanggung kesakitan masih ingat siapa yang datang ziarah dan masih sedar dan ingat siapa yang membacakan ayat-ayat suci. Mashallah.....hebatnya keagungan Allah s.w.t.

Rupanya itu adalah sementara, Allah s.w.t telah menjemput Allahyarham menemui-Nya pada pagi hari khamis 11 April 2019, itulah perkhabaran yang amat sukar untuk diterima oleh anak-anak angkat Allahyarham yang telah bersengkang mata, kepenatan, tidak hiraukan keselesaan tidur di rumah, tidak hiraukan tinggalkan isteri dan anak masing-masing semata-mata untuk menjaga Allahyarham. 

Lebih mengkagumkan lagi apabila ada anak angkat Allahyarham yang sanggup berhenti kerja dan tinggal bersama dalam wad tersebut semata-mata untuk menjaga Allahyarham, begitu besar jasa mereka hanya Allah s.w.t mampu memberikan kebajikan kepada mereka. Mereka hebat, kerana bukan semua orang sanggup melakukan perkara seperti mana mereka lakukan.

Jenazah Allahyarham telah dituntut kemudian dimandikan di QEH 1 seterusnya dibawa balik ke kampung halaman Allahyarham Kampung Sebayan dengan menggunakan van jenazah Pusat Zakat Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Sampai di kampung Sebayan, jenazah seterusnya disolatkan di Masjid Al-Malik kampung Sebayan dan kemudian dibawa dan dikebumikan di Tanah perkuburan orang Islam kampung Sebayan atau dikenali oleh orang kampung sebagai Tampat atau Torong Sepongoh. 

Segala proses menghantar Allahyarham ke tempat persemadiannya amat mudah dan lancar, berkat kerjasama semua pihak dan iringan doa daripada semua ahli keluarga dan kenalan serta sahabat Allahyarham. Majlis doa arwah, bacaan al-quran dan perkumpulan semua ahli keluarga diadakan di rumah Sharif Dandan yang merupakan adik kedua Allahyarham. Majlis meriah dan diserikan dengan alunan bacaan ayat-ayat suci al-quran karim sebagai sedekah kepada allahyarham semoga Allah s.w.t menerima doa sesiapa sahaja yang mendoakan kebaikan kepada Allahyarham.

Anak-anak angkat Allahyarham Sharif Kassim bin Sharif Indun,

1. Ali Bangsa bin Hj. Danau
2. Sharif Shai bin Sharif Mondoi (bersepupu dengan Allahyarham)
3. Mus @ Tommizy Sulinggang
4. Matlan Sukudat Abdullah
5. Raul Yoo @ Boyong
6. Black
7. Menk
8. Mok
9. Didie
10. Lee
11. Pororo
12. Rion
13. Farid Abdullah
14. Neng

Allahyarham pernah berkata kepada salah seorang adik Allahyarham supaya tengok-tengokkan anak-anak angkatnya kerana ada di antara mereka yang masih bersekolah. 

Walaupun mereka masih mempunyai keluarga tetapi kehidupan bersama Allahyarham tetap akan menjadi ingatan selamanya. Salah seorang anak angkat Allahyarham mengatakan jadual harian yang Allahyarham tetapkan memang tegas meliputi belajar, ulang kaji, buat kerja sekolah dan dalam tempoh ini handphone perlu diletakkan di dalam bakul yang disediakan, solat 5 waktu dan latihan muzik. 

Memang benar Allahyarham adalah seorang yang tegas dan sering mengingatkan masa susah dahulu dan banyak lagi nasihat yang amat berguna dan kekal dalam ingatan selamanya.

Al-fatihah,

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020


22 February 2019

Pais Jagung

Suatu masa dulu, kampung kita mengamalkan sistem perladangan huma. Setiap tahun kita akan nampak orang bakar ladang, dibersihkan, menugal tanam padi huma atau padi bukit dan tanam jagung. Bila sebut jagung, mesti kita teringat kuih pais jagung yang memang semua tahu memang sedap dengan aromanya yang menyelerakan dan warna kuningnya yang menawan. Jagung yang dituai dari ladang di kampung adalah dari jenis jagung pulut yang agak kurang manis dan agak likat, ianya amat berbeza dengan jagung manis yang ditanam tanpa mengikut musim.


Pais Jagung yang enak, foto : kredit to Salami Simon

Mereka yang tinggal di luar kampung setiap kali mahu pulang ke kampung memang sentiasa menginginkannya. Ada juga yang masih menghasilkan kuih ini untuk dijual, jadi setiap kali mahu makan kita akan ke rumah pembuat pais dan booking. Dengan harga yang masih murah memang makan dengan puaslah. Kuih - kuih tradisional seperti ini perlu diwarisi kemahirannya terutamanya cara menghasilkannya dengan bahan yang asli tanpa mengubah menunya. Banyak jenis makanan tradisional yang dihasilkan daripada jagung selain pais jagung ni. 

Antara beberapa jenis makanan yang dihasilkan menggunakan jagung seperti Ensulu yang menggunakan jagung tua yang dimasak hingga lembut, dimakan menggunakan kelapa parut dan gula. Selain itu, dari jagung tua juga dihasilkan kuih yang orang panggil sekarang sebagai kuih Cincin yang sekarang ni orang buat menggunakan tepung gandum sepenuhnya. Kuih ini dihasilkan dengan mengoreng bertih jagung tua hingga berwarna perang, ditumbuk, ditapis, dicampur tepung gandum dan dibentuk seperti cincin dan disalut tepung cair kemudian digoreng, ha..!! memang sedap. Kecewanya, tiada lagi orang kampung yang buat kuih ini. Harap akan ada yang akan menghasilkan kuih ini dan dikomersilkan.


30 March 2018

Anak Jati Sebayan Johan Tilawah Al-Quran Peringkat PBU

Tahniah Sharifah Siti Adawiyah bt Sh Garman. Johan tilawah Al-Quran peringkat Pantai Barat Utara yang diadakan di daerah Pitas pada 29 Mac 2018. Tilawah peringkat negeri akan berlangsung di daerah  Sandakan. Tahniah dan syabas juga kepada abahnya Ustaz Sharif Garman Hj. Sharif Mondoi kerana berjaya membimbing anak hebat ini. Kami warga Sebayan mengucapkan TAHNIAH, semoga berjaya di peringkat negeri nanti, Inshallah