Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

30 March 2018

Anak Jati Sebayan Johan Tilawah Al-Quran Peringkat PBU

Tahniah Sharifah Siti Adawiyah bt Sh Garman. Johan tilawah Al-Quran peringkat Pantai Barat Utara yang diadakan di daerah Pitas pada 29 Mac 2018. Tilawah peringkat negeri akan berlangsung di daerah  Sandakan. Tahniah dan syabas juga kepada abahnya Ustaz Sharif Garman Hj. Sharif Mondoi kerana berjaya membimbing anak hebat ini. Kami warga Sebayan mengucapkan TAHNIAH, semoga berjaya di peringkat negeri nanti, Inshallah



18 March 2018

Jalan Sebayan Dibaiki Oleh Orang Sebayan

Kerosakan pada jalan Sebayan sehingga membahayakan pengguna jalan tersebut telah dimajukan kepada pihak berwajib dan pihak berkenaan namun jalan tersebut masih belum dibaiki. 

Tuan Haji Sharif Silan dan Sharif Dandan berusaha memperbaiki jalan tersebut (17.3.2018)

Sebelum keadaan bertambah teruk dan jalan tersebut tidak boleh dilalui, orang Sebayan melakukan sesuatu untuk mengurangkan risiko runtuhan jalan semakin besar. Tuan Haji Sharif Silan dan Sharif Dandan telah melakukan sesuatu perkara yang pihak berwajib tidak mampu fikir dan melaksanakannya. Mungkin kos terlalu besar atau memerlukan penilaian pihak luar, orang kampung memang tidak tahu dan tidak faham kenapa jalan itu tidak dibaiki sebab itulah wujud andaian seperti ini. 

Jentolak milik Sharif Dandan sedang melakukan tugasannya. 
Terima kasih yang tidak terhingga kepada dua orang insan hebat ini, kerana atas usaha mereka orang ramai telah beroleh manfaatnya. Semoga mereka dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat. Menyumbang sesuatu untuk masyarakat besar pahalanya, hanya Allah SWT mengetahuinya. 

30 January 2018

Gerhana Bulan Penuh Pada 31 Januari 2018


Ini semua berlaku atas kehendak, keizinan dan kekuasaan Allah SWT. Kita hamba-Nya perlu sedar dan dekatkanlah diri semoga kita akan menjadi hamba-Nya yang terbaik.

Kita sebagai umat Islam disunatkan mengerjakan solat sunat dan membacakan khutbah sempena peristiwa ini. Janganlah melakukan perkara atau perbuatan yang tidak sepatutnya sehingga mencemarkan akidah dengan kata lain percaya kepada perkara tahyul atau kepercayaan agama lain. Kita ada al-quran dan hadis, itulah panduan terbaik bagi kita sebagai umat Islam.

Inshallah....

27 January 2018

Kampung Sebayan Adalah Hak Kami

Pihak Taman-taman Sabah mengadakan majlis dialog bersama penduduk kampung Sebayan pada 26.1.2018, pada majlis tersebut pihak Taman-taman Sabah mentaklimatkan kepentingan kawasan marin dan hidupannya penting kepada komuniti. Kami pendulum kampung memang lama sudah tahu itu cerita sebab kami memang bergantung dengan hasil laut Teluk Marudu. Kamilah peneroka dan penjelajah laut Teluk Marudu.




Pihak JKKK kampung ada membuat permohonan untuk mewartakan kawasan kampung supaya kependudukan komuniti Sebayan kekal terjamin selamanya. Ini adalah ekoran campur tangan Taman-taman Sabah yang mengatakan kawasan kampung termasuk dalam lingkaran Taman-taman Sabah yang dilindungi.






Ingin ditegaskan bahawa dengan jelas, kewujudan kampung Sebayan adalah lebih awal daripada kewujudan Jabatan Taman-taman Sabah. Ada bukti dan ada dokumen yang menyokong fakta ini. Isu ini adalah serius dan kami serius dengan hak kami.

Selama ini kami seperti dipinggirkan daripada hak kami, lihat sahaja jalan Sebayan memalukan dan memudaratkan orang kampung bukan sahaja kepada orang Sebayan malah kampung-kampung berhampiran. Janji telah ditabur dari dulu hingga sekarang keadaan masih tetap sama.



Sampai bilakah keadaan ini berterusan? Mahu kata tukar kerajaan, sudag berkali tukar kerajaan negeri keadaan ini sama sahaja. Bolehlah dikatakan adun N4 Matunggong tanpa menyebut nama semuanya gagal menangani isu ini dan gagal membela nasib seluruh kampung yang terlibat. Ini kenyataan, kalau ada disuarakan sekalipun ianya tidak lebih kepada macam cakap kosong saja tiada impak. Mau bawa TV3 kali masuk kampung baru selesai, mungkin suatu hari nanti.

Datanglah turun dan menilai sendiri situasi dan keadaan penduduk kampung, jangan mau undi saja baru turun. Belalah nasib kami. Kalau tidak mampu jangan jadi wakil rakyat....senang.

Inilah denyut nadi penduduk Sebayan

16 September 2016

Majlis Khatam Al-Quran Kampung Sebayan - "Uniknya Sebayan"


Peserta Majlis Khatam Al-Quran bersama Tuan Hj. Sharif Silan
Bersemangat dan tabah. Tahniah dan syabas, ibu-ibu dan bapa ini HEBAT!!

Peserta diarak dengan rombongan yang penuh gilang gemilang diketuai sendiri oleh Tuan Hj. Sharif Silan sambil diringi Paluan kompang dan selawat.

Majlis Khatam Al-Quran dibimbing oleh Ustaz Sharif Garman bin Hj. Sharif Mondoi di Masjid Al-Malik Kampung Sebayan.

30 August 2016

Majlis Bacaan Doa Selamat Sempena Hari Kemerdekaan Negara

Tarikh : 30 Ogos 2016 (Selasa)
Masa : Selepas solat Maghrib
tempat : Masjid Al-Malik, Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

Kita doakan agar negara dan negeri kita aman, makmur, dilindungi dan dirahmati Allah SWT. Semua Dijemput hadir.....

22 August 2016

Program Kemasyarakatan Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) Di Kampung Sebayan

Indahnya ciptaan Allah SWT : Pemandangan waktu pagi di Sebayan menggamit emosi.

Tuan HJ. Sharif Silan bersama pemimpin APMM di dewan Kg.Sebayan

Perbincangan untuk megadakan aktiviti gotong royong

Bertitik : Aktiviti ini adalah suatu kemestian untuk hadiah kepada tetamu

Bertitik : Kami juga boleh mengajar

Sekitar aktiviti gotong royong

Ceria



Hj. Sharif Silan dengan Hajah tetap ceria walaupun tangan diandu 





Sabah dan Malaysia negeri dan Negara kami TERCINTA



Sumbangan: Kaum hawa juga tidak ketinggalan membantu


Penyampaian Jaket Keselamatan daripada APMM


Siaran Langsung TV1: Terbaik Kg. Sebayan

 
 
Terima kasih diucapkan kepada pemimpin tertinggi APMM Malaysia, Sabah dan Kudat khususnya kerana telah memilih Kg. Sebayan sebagai destinasi program kemasyaratan Jabatan tersebut. Program seperti ini adalah julung kalinya diadakan di kampong ini oleh sebuah jabatan yang besar. Jutaan terima kasih di atas bantuan dan sumbangan untuk kampung ini dalam menjayakan program seperti ini. Apa yang diperolehi adalah hubungan erat di antara masyarakat maritime seperti di Sebayan dengan agensi penguatuasaan maritime supaya interaksi ini mampu membendung aktiviti jenayah maritime dan kesedaran untuk semua pihak.
 
Keselamatan di perairan adalah keutamaan semua pihak bukan sahaja untuk para masyarakat maritime malah kepada negaran amnya. Aktiviti tidak sihat di perairan perlu dibendung dan semua pihak terlibat nelayan, agensi penguatkuasa seperti APMM, Polis Marin dan LKIM, peranan berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama. Kami amat-amat menghargai sumbangan tuan-tuan kerana melibatkan kampung kami dalam program seperti ini secara tidak langsung telah 'highlight' kampung kami sehingga ke media elektronik ianya sesuatu yang hebat.
 
Selama program tersebut pihak AJK dan warga kampung memohon maaf di atas kekurangan atau sebarang masalah yang timbul semasa berada di kampung kami.
 
 
"Terima Kasih"

19 March 2015

Panorama Sebayan....

Assalamualaikum dan salam sejahtera, warga Sebayan yang berada di perantauan semua di sini kita kongsikan wajah Sebayan beberapa hari yang lepas yang mugkin boleh melepaskan sedikit kerinduan anda atau menambahkan kerinduan....Senyum selalu. Pastikan Syawal 2015 ni kita beraya bersama....

Masjid baharu kampung Sebayan dan hampir siap bagi menggantikan masjid yang lama. Kedudukan masjid baharu ini terletak berhampiran dengan dewan serbaguna, sebelah kiri menuju ke Sebayan Kecil. Alhamdulillah...cahaya Islam semakin bergemerlapan di kampung kita yang tersayang ini.

Suatu pagi membiru di ufuk timur Teluk Marudu

Lautan yang tenang dan perahu yang 'ketuhuran'

Pagi nan indah di kampung Sebayan dengan berlatarbelakangkan laut Teluk Marudu, pentas untuk mencari rezeki.

Pemilik akaun Instagram boleh hashtag di #KgSebayan dan kongsikan gambar-gambar menarik dan kenangan terindah anda di Kg.Sebayan untuk dikongsi bersama.