Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

27 January 2018

Kampung Sebayan Adalah Hak Kami

Pihak Taman-taman Sabah mengadakan majlis dialog bersama penduduk kampung Sebayan pada 26.1.2018, pada majlis tersebut pihak Taman-taman Sabah mentaklimatkan kepentingan kawasan marin dan hidupannya penting kepada komuniti. Kami pendulum kampung memang lama sudah tahu itu cerita sebab kami memang bergantung dengan hasil laut Teluk Marudu. Kamilah peneroka dan penjelajah laut Teluk Marudu.




Pihak JKKK kampung ada membuat permohonan untuk mewartakan kawasan kampung supaya kependudukan komuniti Sebayan kekal terjamin selamanya. Ini adalah ekoran campur tangan Taman-taman Sabah yang mengatakan kawasan kampung termasuk dalam lingkaran Taman-taman Sabah yang dilindungi.






Ingin ditegaskan bahawa dengan jelas, kewujudan kampung Sebayan adalah lebih awal daripada kewujudan Jabatan Taman-taman Sabah. Ada bukti dan ada dokumen yang menyokong fakta ini. Isu ini adalah serius dan kami serius dengan hak kami.

Selama ini kami seperti dipinggirkan daripada hak kami, lihat sahaja jalan Sebayan memalukan dan memudaratkan orang kampung bukan sahaja kepada orang Sebayan malah kampung-kampung berhampiran. Janji telah ditabur dari dulu hingga sekarang keadaan masih tetap sama.



Sampai bilakah keadaan ini berterusan? Mahu kata tukar kerajaan, sudag berkali tukar kerajaan negeri keadaan ini sama sahaja. Bolehlah dikatakan adun N4 Matunggong tanpa menyebut nama semuanya gagal menangani isu ini dan gagal membela nasib seluruh kampung yang terlibat. Ini kenyataan, kalau ada disuarakan sekalipun ianya tidak lebih kepada macam cakap kosong saja tiada impak. Mau bawa TV3 kali masuk kampung baru selesai, mungkin suatu hari nanti.

Datanglah turun dan menilai sendiri situasi dan keadaan penduduk kampung, jangan mau undi saja baru turun. Belalah nasib kami. Kalau tidak mampu jangan jadi wakil rakyat....senang.

Inilah denyut nadi penduduk Sebayan

No comments:

Post a Comment