Kursus Pengurusan Jenazah |
Antara Peserta Yang Mengambil Bahagian |
Sesi Ceramah dan Penerangan Mengenai Kursus |
Ustaz Sedang Menunjukkan Bagaimana Permulaan Pengurusan Jenazah |
Penerangan Secara Teori Disertakan Dengan Praktikal Bagi Memberi Kefahaman Kepada Para Peserta |
Peserta Begitu Teruja Untuk Mempelajari Cara Yang Betul Menguruskan Jenazah |
Setiap Peringkat Diberikan Penerangan Oleh Ustaz Yang Menjadi Fasilitator Kepada Peserta |
Ustaz Asmarah Sedang Tersenyum...P.Ramlee Kata "Aku Mati Dalam Iman" (Ini sekadar praktikal) |
Proses Mengkafankan Jenazah Sedang Dilakukan Dengan Tertib |
Akhirnya...Sempurnalah Proses Mengkafankan Jenazah |
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak JAHEINS Daerah Kecil Matunggong kerana sudi menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah di Kampung Sebayan pada 17 Oktober 2014 bertempat di Bilik Gerakan Desa Wawasan bagi memberi tunjuk ajar dan kefahaman mengenai pengurusan jenazah kepada para peserta yang merupakan warga Kampung Sebayan. Ilmu sebegini amat-amat bernilai dan peserta yang telah hadir sangat-sangat berterima kasih kepada JAHEINS dan Pengelola kursus.
Proses pembelajaran tidak akan berhenti dan akan berlaku sepanjang masa selagi kita masih hidup, peluang menyertai kursus ini memberikan peluang kepada para peserta memahami dan menjalankan Fardhu Kifayah ini dengan yakin. Warga kampung Sebayan berharap agar kursus-kursus seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang bukan setakat untuk warga emas malah ianya melibatkan seluruh lapisan masyarakat di kampung Sebayan ini terutamanya golongan muda yang akan menjadi pelapis di masa akan datang kerana tuntutan melaksanakan Fardhu Kifayah adalah wajib.
Terima kasih di atas segala tunjuk ajar Ustaz yang juga fasilitator kepada para peserta sehingga memberikan mereka memperolehi satu ilmu yang tidak ternilai harganya, semoga Allah SWT memberikan ganjaran kepada pihak pengelola, pihak penganjur dan para peserta yang hadir.
No comments:
Post a Comment