Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

14 December 2014

Warna - Warni Majlis Zikrah dan Tilawah Al-Quran Peringkat Kg. Sebayan

Majlis Zikrah dan Tilawah Al-Quran peringkat kampung Sebayan ini berlangsung pada 13 Disember 2014 anjuran Pergerakan Puteri UMNO P.168 Kota Marudu berlangsung dengan penuh warna - warni dan amat meriah. Semoga semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini akan beroleh keberkatan dari-Nya. 











21 November 2014

Barisan Kepimpinan PIBG SK. Sebayan, Kudat, Sabah Penggal 2015 / 2016

PIBG 2015/2016 yang diterajui oleh Ustaz Sharif Garman bin Hj. Sharif Mondoi (berdiri baju Melayu) sebagai Yang Dipertua dengan dibantu oleh barisan kepimpinan yang hebat daripada pelbagai latarbelakang. Semoga kepimpinan PIBG penggal 2015/2016 ini mampu mencorak anjakan paradigma pendidikan di Sk. Sebayan, Kudat, Sabah seterusnya dapat melahirkan pelajar yang berjaya. Apa yang hebat adalah keakraban perhubungan silaturrahim antara ibu bapa dan guru dapat dieratkan sebagai satu ikatan yang hebat demi untuk kemajuan pendidikan anak-anak Sk. Sebayan.

17 October 2014

Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran Jabatan Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JAHEINS) Daerah Kecil Matunggong

Kursus Pengurusan Jenazah

Antara Peserta Yang Mengambil Bahagian

Sesi Ceramah dan Penerangan Mengenai Kursus

Ustaz Sedang Menunjukkan Bagaimana Permulaan Pengurusan Jenazah

Penerangan Secara Teori Disertakan Dengan Praktikal Bagi Memberi Kefahaman Kepada Para Peserta

Peserta Begitu Teruja Untuk Mempelajari Cara Yang Betul Menguruskan Jenazah

Setiap Peringkat Diberikan Penerangan Oleh Ustaz Yang Menjadi Fasilitator Kepada Peserta

Ustaz Asmarah Sedang Tersenyum...P.Ramlee Kata "Aku Mati Dalam Iman"
(Ini sekadar praktikal)

Proses Mengkafankan Jenazah Sedang Dilakukan Dengan Tertib

Akhirnya...Sempurnalah Proses Mengkafankan Jenazah

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak JAHEINS Daerah Kecil Matunggong kerana sudi menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah di Kampung Sebayan pada 17 Oktober 2014 bertempat di Bilik Gerakan Desa Wawasan bagi memberi tunjuk ajar dan kefahaman mengenai pengurusan jenazah kepada para peserta yang merupakan warga Kampung Sebayan. Ilmu sebegini amat-amat bernilai dan peserta yang telah hadir sangat-sangat berterima kasih kepada JAHEINS dan Pengelola kursus.
 
Proses pembelajaran tidak akan berhenti dan akan berlaku sepanjang masa selagi kita masih hidup, peluang menyertai kursus ini memberikan peluang kepada para peserta memahami dan menjalankan Fardhu Kifayah ini dengan yakin. Warga kampung Sebayan berharap agar kursus-kursus seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang bukan setakat untuk warga emas malah ianya melibatkan seluruh lapisan masyarakat di kampung Sebayan ini terutamanya golongan muda yang akan menjadi pelapis di masa akan datang kerana tuntutan melaksanakan Fardhu Kifayah adalah wajib.
 
Terima kasih di atas segala tunjuk ajar Ustaz yang juga fasilitator kepada para peserta sehingga memberikan mereka memperolehi satu ilmu yang tidak ternilai harganya, semoga Allah SWT memberikan ganjaran kepada pihak pengelola, pihak penganjur dan para peserta yang hadir.

12 September 2014

Kreativiti #Sebayan

I Love Sebayan

Khazanah lautan Sebayan

57 Tahun Malaysia Merdeka....kami menghayatinya

10 September 2014

57 Tahun Malaysia Merdeka - Kreativiti Kami, Cara Kami

Mercu Tanda 1Malaysia
 
Jeti Kampung Sebayan
 
Anak-anak merdeka
 
Bertitik kulintangan 'berpisah tiada', budaya warisan turun temurun

Telah 57 Tahun Negara Malaysia yang kita cintai ini mencapai kemerdekaannya. Inilah cara kami menterjemahkan semangat kemerdekaan yang telah tertanam kukuh di sanubari setiap warga Kampung Sebayan. Merdeka...Merdeka...Merdeka..

Ini bukan hantaran perkahwinan...kami menghargai kedatangan anda.


Lautan Teluk Marudu luas terbentang....di tengahnya Pulau Matunggong. Inilah pengangkutan untuk mencari sesuap nasi.

MH370/MH17....kami mengerti erti kehilangan.

Silat tidak boleh dipisahkan.....bukan hendak tunjuk kekuatan tetapi darah pahlawan mengalir di tubuh anak-anak kecil ini.

Terima Kasih...
(Terdapat beberapa orang pakar membuat perahu di Kampung Sebayan yang telah bersiap sedia menerima tempahan anda, datanglah ke Sebayan)

04 September 2014

Majlis Ramah Mesra Kerabat Sharif Sabah

Cadangan: Logo Persatuan Keturunan Sharif Sabah
Program akan di adakan pada ketetapan seperti berikut:-
Tarikh  : 07 September 2014 (Ahad)
Masa    : 10.00 Pagi
Lokasi  : Kampung Luntuk, Pitas, Sabah
Pelbagai program diadakan untuk memeriahkan majlis ini antaranya:-
  • Bacaan doa
  • Ucapan Presiden Tuan Sharif Azad Shar Attar
  • Majlis Suai Kenal AJK dan Ahli keluarga
  • Jamuan
  • Sumbangan untuk Gaza dan rumah anak yatim
Saudara dan saudari kerabat Sharif / Sharifah seluruh Sabah atau di mana sahaja anda berada dengan ini dijemput memeriahkan program yang bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan ramah mesra antara kerabat Sharif / Sharifah. Semoga majlis ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT seterusnya mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kita....InshaAllah.
Sebarang Pertanyaan boleh hubungi:-

Sharifah Asiah bte Hj.Sharif Endun di talian 011-1208 6649

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Kampung Sebayan 2014 - "Cara Kami"

Pemandangan dari surau Al-Malik - Indahnya kampung Sebayan

Rombongan disambut gembira dan dengan seluas lautan Teluk Marudu ditadah sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan mereka. Kami sajikan keindahan dan kelembutan seni silat yang telah diwarisi sejak zaman berzaman.
(Seni silat oleh saudara Pendekar Rais)

Antara AJK dan penduduk kampung Sebayan yang memeriahkan sambutan kemerdekaan. Begitu bersemangat...
(Turut kelihatan dalam gambar Hj. Sharif Silan, Saudara Aman Apang, Sharif Haris, Saudara Aluk, saudara Suarah, saudara Sahadan @ Si Allu, Ust Asmarah, Sharif Ali dan ramai lagi)

Sebagai menyambut ketibaan para rombongan seni silat disajikan, ianya sinonim dengan sambutan kemerdekaan kerana pahlawan dan pejuang mempertahankan tanah air dengan ilmu silat. Begitu juga di Sebayan, Wafat Sharif Osman juga seorang perwira dan pembela tanahair.
(Pertunjukan seni silat, kami panggil beliau Pendekar Rais)

Sedang menanti rombongan dengan kemeriahan jalur gemilang dan bendera Negeri Di bawah Bayu.

Rombongan dibawa melawat dan merasai angin laut Teluk Marudu yang nyaman di sepanjang jeti kampung Sebayan, jelas kelihatan 'Ungus Sebayan' yang putih luas mata memandang.
(Seperti bait-bait lagu Ungus Sebayan...' Guyak-guyak berembangan, Tak patar Ungus Sebayan...')

Ibu-ibu juga mengambil bahagian untuk menyiapkan bendera terpanjang. Ia juga sebagai persediaan untuk penilaian peringkat Negeri pada 09 September 2014. Ingin mengerti kerjasama dan muafakat? datanglah ke Sebayan....

01 August 2014

Program Raya Kampung Sebayan Pada 30 Julai 2014

Setiap kali hari raya beberapa program sukan akan diadakan bagi memeriahkan sambutan hari raya serta menambahkan ikatan persaudaraan yang dekat ataupun yang jauh, hanya berkelapangan balik ke kampung pada hari cuti perayaan seperti ini. AJK kampung yang telah berusaha mengadakan program ini wajar diberikan pujian di atas inisiatif mengadakan program seperti ini.


Pendaftaran

Peserta mula mendaftarkan nama

Tiang licin telah disediakan


Peserta-peserta yang hebat...tiada kategori.
(Macam iron man)

Antara babak yang menarik

Mencari mutiara
Tapak pencarian mutiara dalam air

Pengarah Kejohanan - En. Kamarudin

"Dengan ini diishtiharkan mutiara telah ditemui..."

Mengisi air dalam botol dengan mata tertutup

Lumba mendayung perahu dengan bahagian belakang perahu ke hadapan

Rondaan atau peserta?

"Lihat contoh di bawah..."

Keletihan...

"Sempat lagi..."

Siapa gerangan org macho ni? yang pasti ini orang Sebayan...^_^