Program ziarah makam Sharif Osman ini telah diusahakan oleh Tuan Sharif Azad bin Sharif Attar bersama warga Anak Teluk Marudu (ATM) bertujuan untuk memberi penghormatan kepada wafat Tuanku Sharif Osman yang merupakan seorang perwira dan pahlawan sejati yang sanggup menggadaikan kesenangan, kemewahan dan keselesaan semata-mata ingin memperjuangkan kedaulatan bumi Marudu daripada terus dijajah oleh penjajah Barat yang akhirnya menyebabkan beliau tersungkur bersama para pengikutnya.
Ketibaan Pa Min bersama rombongan |
Pa Min sedang mendengar sedikit taklimat mengenai tanah perkuburan tersebut dengan disaksikan oleh Tuan Sharif Azad, saudara Mustapha Kamal serta warga ATM |
Program ini juga adalah untuk menghimpunkan kerabat Sharif dan Sharifah yang telah terpisah sejak sekian lama bersama-sama membersihkan pemakaman Tuanku Sharif Osman diikuti bacaan surah Yaasin sebagai sedekah sempena ramadhan yang mulia ini.
Keadaan tanah perkuburan yang memerlukan pembelaan |
Apa yang mengujakan seluruh kerabat Sharif dan Sharifah, warga Marudu serta warga Anak Teluk Marudu (ATM) program yang julung kalinya diadakan ini turut dihadiri oleh individu yang paling dihormati, disanjung dan berwibawa iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat atau nama singkatan yang sering digunakan Pa Min.
Tan Sri Pandikar Amin Mulia Yang di-Pertua Dewan Rakyat |
Program ini bertambah ceria dan memberi sejuta makna untuk semua. Program seumpama ini diharapkan dapat memberikan mesej kepada pihak-pihak terlibat dan tertentu agar kepentingan memelihara sejarah dan ketuanan bangsa terus dipelihara supaya tidak ditelan zaman dan diwarisi generasi yang akan datang. Sebelum program ini diadakan ramai pihak tidak tahu keadaan sebenar makam Sharif Osman dan di manakah lokasi makam tersebut, sehinggalah tarikh 19 Julai 2014.
Pa Min merupakan seorang yang pemurah, semasa program ini juga beliau telah menyumbangkan sebanyak RM10,000.00 untuk memperbaiki jalan masuk ke pemakaman ini serta menaik taraf makam wafat Tuanku Sharif Osman. Sumbangan yang telah beliau berikan hanya Allah SWT yang sewajarnya yang memberikan balasan, kami hanya mampu berdoa dengan ikhlas setulus hati semoga Pa Min terus dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dikurniakan kekuatan fizikal dan akal fikiran untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh negara dan rakyat Malaysia.

Pa Min bersama Tuan Sharif Azad serta peserta program ziarah |
Gambar kenangan bersama Pa Min |
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pa Min kerana sudi menghadirkan diri pada program yang telah diadakan. Penghargaan syabas dan tahniah kepada Tuan Sharif Azad bin Sharif Attar bersama warga Anak Teluk Marudu (ATM) kerana dengan usaha gigih beliau program ini telah berjaya direalisasikan.
Penulis ingin berkongsi dialog di antara Pa Min dengan Tuan Sharif Azad semasa pertemuan pertama mereka yang menceritakan siapa beliau dan apa kaitan beliau dengan keturunan Sharif.
Tan Sri Pa Min : Siapa nama kamu dan berasal dari mana?
Tuan Sharif Azad : Sharif Azad dari Kampung Sebayan, Kudat.
Tan Sri Pa Min : Kau Tahu Sharif Azad, semua Sharif di kampung Sebayan adalah keluarga saya sebab saya pun keturunan sharif, datuk saya keturunan Sharif.
Beliau menambah lagi " Saya masih ingat, pada masa kecil dulu bapa saya bawa saya pergi Sebayan dan ziarah keluarga Sharif dan ziarah kubur di Tampat/Torong Sepongoh (tanah perkuburan kg. Sebayan) iaitu kubur keturunan Sharif"