Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

12 September 2014

Kreativiti #Sebayan

I Love Sebayan

Khazanah lautan Sebayan

57 Tahun Malaysia Merdeka....kami menghayatinya

10 September 2014

57 Tahun Malaysia Merdeka - Kreativiti Kami, Cara Kami

Mercu Tanda 1Malaysia
 
Jeti Kampung Sebayan
 
Anak-anak merdeka
 
Bertitik kulintangan 'berpisah tiada', budaya warisan turun temurun

Telah 57 Tahun Negara Malaysia yang kita cintai ini mencapai kemerdekaannya. Inilah cara kami menterjemahkan semangat kemerdekaan yang telah tertanam kukuh di sanubari setiap warga Kampung Sebayan. Merdeka...Merdeka...Merdeka..

Ini bukan hantaran perkahwinan...kami menghargai kedatangan anda.


Lautan Teluk Marudu luas terbentang....di tengahnya Pulau Matunggong. Inilah pengangkutan untuk mencari sesuap nasi.

MH370/MH17....kami mengerti erti kehilangan.

Silat tidak boleh dipisahkan.....bukan hendak tunjuk kekuatan tetapi darah pahlawan mengalir di tubuh anak-anak kecil ini.

Terima Kasih...
(Terdapat beberapa orang pakar membuat perahu di Kampung Sebayan yang telah bersiap sedia menerima tempahan anda, datanglah ke Sebayan)

04 September 2014

Majlis Ramah Mesra Kerabat Sharif Sabah

Cadangan: Logo Persatuan Keturunan Sharif Sabah
Program akan di adakan pada ketetapan seperti berikut:-
Tarikh  : 07 September 2014 (Ahad)
Masa    : 10.00 Pagi
Lokasi  : Kampung Luntuk, Pitas, Sabah
Pelbagai program diadakan untuk memeriahkan majlis ini antaranya:-
  • Bacaan doa
  • Ucapan Presiden Tuan Sharif Azad Shar Attar
  • Majlis Suai Kenal AJK dan Ahli keluarga
  • Jamuan
  • Sumbangan untuk Gaza dan rumah anak yatim
Saudara dan saudari kerabat Sharif / Sharifah seluruh Sabah atau di mana sahaja anda berada dengan ini dijemput memeriahkan program yang bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan ramah mesra antara kerabat Sharif / Sharifah. Semoga majlis ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT seterusnya mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kita....InshaAllah.
Sebarang Pertanyaan boleh hubungi:-

Sharifah Asiah bte Hj.Sharif Endun di talian 011-1208 6649

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Kampung Sebayan 2014 - "Cara Kami"

Pemandangan dari surau Al-Malik - Indahnya kampung Sebayan

Rombongan disambut gembira dan dengan seluas lautan Teluk Marudu ditadah sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan mereka. Kami sajikan keindahan dan kelembutan seni silat yang telah diwarisi sejak zaman berzaman.
(Seni silat oleh saudara Pendekar Rais)

Antara AJK dan penduduk kampung Sebayan yang memeriahkan sambutan kemerdekaan. Begitu bersemangat...
(Turut kelihatan dalam gambar Hj. Sharif Silan, Saudara Aman Apang, Sharif Haris, Saudara Aluk, saudara Suarah, saudara Sahadan @ Si Allu, Ust Asmarah, Sharif Ali dan ramai lagi)

Sebagai menyambut ketibaan para rombongan seni silat disajikan, ianya sinonim dengan sambutan kemerdekaan kerana pahlawan dan pejuang mempertahankan tanah air dengan ilmu silat. Begitu juga di Sebayan, Wafat Sharif Osman juga seorang perwira dan pembela tanahair.
(Pertunjukan seni silat, kami panggil beliau Pendekar Rais)

Sedang menanti rombongan dengan kemeriahan jalur gemilang dan bendera Negeri Di bawah Bayu.

Rombongan dibawa melawat dan merasai angin laut Teluk Marudu yang nyaman di sepanjang jeti kampung Sebayan, jelas kelihatan 'Ungus Sebayan' yang putih luas mata memandang.
(Seperti bait-bait lagu Ungus Sebayan...' Guyak-guyak berembangan, Tak patar Ungus Sebayan...')

Ibu-ibu juga mengambil bahagian untuk menyiapkan bendera terpanjang. Ia juga sebagai persediaan untuk penilaian peringkat Negeri pada 09 September 2014. Ingin mengerti kerjasama dan muafakat? datanglah ke Sebayan....