Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

11 January 2011

Sejarah Kampung Sebayan

Pada Tahun 1928 salah seorang lelaki daripada keturunan Sharif yang bernama Tuanku Sharif Sheh Al-Darus telah menemui sebuah kawasan di persisiran pantai di dalam kawasan Teluk Marudu yang mempunyai pantai yang bersih dan indah. Pada pendapat beliau kawasan tersebut sesuai untuk dijadikan kawasan tempat tinggal.

Keluasan yang terdapat pada kawasan tersebut adalah seluas 50 ekar yang bersempadanan dengan kawasan persisiran pantai bermula dari Torong Batu Laut Matunggong hingga ke kawasan tanah perkuburan Tampat.

Imej Satelit Kampung Sebayan


Disebabkan oleh sumber kehidupan senang didapati di kawasan persisisran pantai ini terutamanya hasil laut telah mendorong sanak saudara Tuanku Sharif Sheh Al-Darus dan masyarakat yang lain untuk sama-sama meneroka kawasan ini. Kebanyakan mereka yang mula mendiami penempatan ini adalah daripada suku kaum Bajau.

Apabila Tuanku Sharif Sheh Al-Darus melihat kawasan ini telah mula diduduki dan giat diteroka oleh sanak saudara beliau dan masyarakat yang lain maka beliau berpendapat perlu ada satu nama yang perlu diberikan untuk kawasan penempatan ini. Akhirnya beliau memberikan nama kawasan penempatan ini sebagai Sibai-sibai yang memberi maksud tempat orang lalu lalang atau dalam bahasa Sabah limpas. Apabila sampai suatu ketika nama Sibai-sibai telah ditukar kepada nama Sebayan.

Setelah kawasan perkampungan ini telah diiktiraf oleh Pejabat Daerah Kudat sebagai sebuah kawasan perkampungan maka ia telah dikenali sebagai Kampung Sebayan. Pada tahun 1996, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah memasukkan Kampung Sebayan ke dalam program Gerakan Desa Wawasan (GDW). Nama program ini telah diubah pada tahun 2002 kepada Gerakan Daya Wawasan.

6 comments:

  1. saya ingin bertanya darimana kah asal sharif sheh aldarus itu sebelum dtg ke kg. sebayan?

    ReplyDelete
  2. Salam Sejahtera..menurut pakcik saya Sharif Madun bin Sharif Sassim asal usul Tuanku Sharif Sheh al-Darus berasal daripada Terengganu....wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas kesudian menghantar komen, saya berharap dapat berkongsi sebarang maklumat dengan Tuan/Puan.Bolehlah dikatakan keturunan Sharif ramai di Kudat,sy juga masih menyimpan salasilah keturunan(copy)dan saya akan cuba masukkan dalam blog ni..insyallah.

    ReplyDelete
  4. Kemungkinan besar,nama sebenar Tuanku Sharif Sheh Al Darus itu ialah Tuanku Sharif Shaikh Al Aidarus..wallahu a'lam.. adakah sdr ada menyimpan silsilah ahlul bait yang sampai kepada Rasulullah s.a.w.?

    siapakah orang yang paling tua dan boleh menceritakan akan sejarah Tuanku Sharif Shaikh tersebut?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...
    Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Nama sebenar tu ada kemungkinan disebabkan cara panggilan orang kampung mungkin ada berbeza. Pakcik saya Sharif Madun bin Sharif Sassim yang tinggal di Kg Popok,Kota Marudu yang amat arif berbanding orang lain berkaitan sejarah dan susun galur keturunan. Terdapat satu salinan salah silah lama yang masih dalam simpanan kami. Insyallah saya akan cuba muat turun dalam blog ini.

    Samada salah silah itu ada kaitan dengan susur galur sehingga Rasullullah...wallahualam. Ada baik saudara membuat kunjungan kepada pakcik saya, insyallah mudah-mudahan persoalan ini terjawab dan saya yakin saudara akan menemui jawapannya.

    ReplyDelete
  6. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    Alhamdulillah, saya telah mengenal pasti akan asal usul tuanku sharif sheikh yg mula-mula membuka penempatan di kg.sebayan. Pendapat yg mengatakan beliau berasal dari terengganu adalah sangat benar. Namun nama ALDARUS @ ALAIDRUS tidak tepat. Berkenaan tahun 1928 itu jg tidak tepat apabila dibandingkan dgn generasi keturunan Tuanku Sharif Sheikh. Pada pendapat saya, tahun kemasukan beliau ke kg.sebayan adalah tahun 1828M. Terima Kasih :)

    ReplyDelete