Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

31 January 2011

Warna Warni Kampung Sebayan

Pemandangan Udara

Panorama indah

Sebahagian perumahan


Pemandangan jam 6.00 pagi

Jeti Sebayan
(tengok klip video lagu Ungus Sebayan dalam You Tube)
"Guyak-guyak beramburan".....
"Tak patar ungus Sebayan".....
Terima kasih dan syabas kepada Komposer yang telah menghasilkan lagu yang cukup sedap didengar bak kata orang kampung " Pelele tak jata bue ". Penyanyi lagu adalah anak jati Kampung Sebayan.


Bagi menghalang hakisan ombak tembok konkrit dibina sepanjang pantai.

Pemandangan biasa di kampung Sebayan

Bot yang biasa digunakan untuk ke laut
(orang kampung gelar 'speed boat')

Keindahan anugerah Illahi
Tenggelamnya mentari di ufuk barat

Rezeki boleh didapati di mana-mana asalkan kita berusaha..
(Sharif Harris dengan budak-budak tu)

Aktiviti biasa dilihat..
(Sharif Nanang...ni nama famous di kampung)

Salah satu sumber air bersih (telaga kumpa) selain telaga Allahyarham Wafat Sharif Akil (abah Sharif Agap) semoga pahala yang diperolehi sentiasa mengalir seperti setiap titisan air telaga itu..insyallah.

Jalanraya berturap hanya daripada Sekolah Sebayan ke kampung ini
(Efah...) 

Sharif Garman bin Sharif Mondoi (kanan)
JKKK Kampung Sebayan

Nak yang segar dan berbaloi untuk wang anda,datanglah ke kampung Sebayan...banyak lagi yang anda boleh perolehi udang segar dan lain-lain semuanya segar pada harga kampung..murah bah!!

Ni pun ada...
orang kampung panggil 'Tangkul'


Sebarang pertanyaan, maklumat dan ingin mengetahui mengenai makanan tambahan untuk kesihatan yang dikenali sebagai Chitosan Koyoworld boleh berhubung dengan JKKK Kampung Sebayan di talian 013-875 6402 Ust Sharif Garman bin Sharif Mondoi. Produk ini telah mendapat permintaan yang tinggi di seluruh Semenanjung Malaysia dan telah diketahui amat berkesan untuk menjaga kesihatan dan mampu mengatasi sebarang masalah kesihatan..Insyallah.

Kampung Sebayan

Lautan yang menjadi sumber rezeki

 Jeti yang menjadi nadi kepada nelayan

11 January 2011

Maklumat Asas Kg Sebayan

Kampung Sebayan terletak di antara dua daerah iaitu Daerah Kudat dan Daerah Kota Marudu. Kg Sebayan juga terletak di bawah pentadbiran Daerah Kecil Matunggong yang pernah terkenal sebagai tempat melihat gerhana matahari penuh.

Kampung ini terletak di persisiran pantai di dalam kawasan Teluk Marudu dan berhadapan dengan Daerah pitas. Sumber ekonomi utama Kampung Sebayan adalah perikanan dan semenjak kemasukan Felcra secara langsung telah mengubah prospek ekonomi dan landskap kampung Sebayan sepenuhnya.



Carta Organisasi Kampung Sebayan

PENASIHAT
Sharif Azad bin Sharif Atar
PENGERUSI
Sharif Garman bin Sharif Mondoi
TIMBALAN PENGERUSI
Sharif Ali bin Sharif Indun
S/USAHA DAN BENDAHARI
Hj.Sharif Silan bin Sharif Mohamad
PENDIDIKAN, EKONOMI DAN H/EHWAL WANITA
Sharif Azimah bte Sharif Mohamad
KEBUDAYAAN DAN AGAMA
Aman bin Apang
KESELAMATAN, KEBERSIHAN DAN KESIHATAN AWAM
Bidin bin Abdullah

Kampung Sebayan mempunyai 1 DUN iaitu N4 Matunggong wakil rakyat YB Sarapin Maganah manakala Parlimen iaitu P.168 Bandau wakil rakyat YB Datuk Dr.Maximus Ongkili. Tempat mengundi di SK Sebayan manakala daerah mengundi Kampung Nangka dengan jumlah 222 orang pemilih. Ketua kampung Sharif Yasin bin Sharif Bakar (Allahyarham) dan Pengerusi JKKK Sharif Garman bin Sharif Mondoi.Kawasan kampung telah diwartakan dengan keluasan 760 akar dengan 60 buah rumah.

Jumlah penduduk seramai 163 orang dengan lelaki 69 orang dan perempuan 94 orang. Selain daripada penduduk daripada suku kaum Bajau terdapat juga penduduk kampung daripada suku kaum Suluk.

Pendidikan tidak pernah diabaikan dan ini terbukti dengan adanya sekolah rendah, Tabika, Taska dan kelas Kafa. Selepas melalui persekolahan di peringkat rendah kanak-kanak melanjutkan pelajaran di peringkat menengah seperti di daerah Kudat, Pinawantai dan Sikuati. Terdapat penduduk kampung yang telah berjaya dalam pelajaran dan melanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi hingga ke peringkat PHD.

Kampung yang berdekatan seperti Kampung Kondopi, Kampung Barangkason, Kampung Pukah, Kampung Mompilis, Kampung Induon. Jarak dari Kampung Sebayan ke Daerah Kudat 57 km dan ke Kota Marudu 46 km yang boleh dihubungkan menggunakan kereta dan perahu.

Kebudayaan

Kehidupan di kampung memang tidak boleh dipisahkan dengan kebudayaan dan kesenian. Beberapa kenis kebudayaan dan kesenian yang masih diamalkan warisan daripada nenek moyang seperti berunsai, bertitik, kompang, bernasyid, berjanzi, pertukangan kayu termasuk membuat rumah dan perahu, pertukangan besi (perniagaan membuat grill), kraftangan (menganyam rinago, menganyam tikar dan tudung saji dari mengkuang), membuat atap dan kajang dan jahitan.

Kemudahan Infrastruktur

Jalanraya tidak berturap daripada simpang jalan laluan utama Kota Marudu ke Kudat masuk ke Simpang Kampung Kondopi. Manakala dari Simpang Kampung Kondopi ke Kampung Sebayan adalah berturap 1 lorong. Ketiadaan bekalan air bersih menyulitkan penduduk mendapatkan bekalan air bersih. Hingga ke hari ini penduduk kampung masih bergantung dengan bekalan air daripada perigi. Ketiadaan sistem pembentungan menyebabkan kesulitan penduduk mendirikan tandas awam atau tandas persendirian.

Diharapkan pentadbiran Pejabat Derah dan wakil rakyat yang telah dipilih mengatasi masalah bekalan air bersih dan sistem pembentungan yang telah menyulitkan penduduk kampung sejak sekian lama. Jalanraya yang ada juga kurang selesa dengan permukaan tidak diturap serta sering rosak akibat hujan lebat dan ini mengakibatkan perhubungan penduduk kampung terjejas dari aspek sosial dan ekonomi. Akibat daripada kerosakan jalanraya ini telah menyebabkan kerosakan yang teruk kepada kenderaan persendirian dan awam yang melalui jalan ini dan seterusnya telah meningkatkan perbelanjaan penduduk kampung untuk membaik pulih kerosakan kepada kenderaan masing-masing.

Kampung ini mempunyai pemandangan yang cantik dan pantai yang bersih dan tidak mustahil suatu hari nanti ada produk pelancongan yang akan wujud di kampung ini seterusnya boleh menjana pendapatan penduduk.

Sejarah Kampung Sebayan

Pada Tahun 1928 salah seorang lelaki daripada keturunan Sharif yang bernama Tuanku Sharif Sheh Al-Darus telah menemui sebuah kawasan di persisiran pantai di dalam kawasan Teluk Marudu yang mempunyai pantai yang bersih dan indah. Pada pendapat beliau kawasan tersebut sesuai untuk dijadikan kawasan tempat tinggal.

Keluasan yang terdapat pada kawasan tersebut adalah seluas 50 ekar yang bersempadanan dengan kawasan persisiran pantai bermula dari Torong Batu Laut Matunggong hingga ke kawasan tanah perkuburan Tampat.

Imej Satelit Kampung Sebayan


Disebabkan oleh sumber kehidupan senang didapati di kawasan persisisran pantai ini terutamanya hasil laut telah mendorong sanak saudara Tuanku Sharif Sheh Al-Darus dan masyarakat yang lain untuk sama-sama meneroka kawasan ini. Kebanyakan mereka yang mula mendiami penempatan ini adalah daripada suku kaum Bajau.

Apabila Tuanku Sharif Sheh Al-Darus melihat kawasan ini telah mula diduduki dan giat diteroka oleh sanak saudara beliau dan masyarakat yang lain maka beliau berpendapat perlu ada satu nama yang perlu diberikan untuk kawasan penempatan ini. Akhirnya beliau memberikan nama kawasan penempatan ini sebagai Sibai-sibai yang memberi maksud tempat orang lalu lalang atau dalam bahasa Sabah limpas. Apabila sampai suatu ketika nama Sibai-sibai telah ditukar kepada nama Sebayan.

Setelah kawasan perkampungan ini telah diiktiraf oleh Pejabat Daerah Kudat sebagai sebuah kawasan perkampungan maka ia telah dikenali sebagai Kampung Sebayan. Pada tahun 1996, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah memasukkan Kampung Sebayan ke dalam program Gerakan Desa Wawasan (GDW). Nama program ini telah diubah pada tahun 2002 kepada Gerakan Daya Wawasan.