Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

22 February 2019

Pais Jagung

Suatu masa dulu, kampung kita mengamalkan sistem perladangan huma. Setiap tahun kita akan nampak orang bakar ladang, dibersihkan, menugal tanam padi huma atau padi bukit dan tanam jagung. Bila sebut jagung, mesti kita teringat kuih pais jagung yang memang semua tahu memang sedap dengan aromanya yang menyelerakan dan warna kuningnya yang menawan. Jagung yang dituai dari ladang di kampung adalah dari jenis jagung pulut yang agak kurang manis dan agak likat, ianya amat berbeza dengan jagung manis yang ditanam tanpa mengikut musim.


Pais Jagung yang enak, foto : kredit to Salami Simon

Mereka yang tinggal di luar kampung setiap kali mahu pulang ke kampung memang sentiasa menginginkannya. Ada juga yang masih menghasilkan kuih ini untuk dijual, jadi setiap kali mahu makan kita akan ke rumah pembuat pais dan booking. Dengan harga yang masih murah memang makan dengan puaslah. Kuih - kuih tradisional seperti ini perlu diwarisi kemahirannya terutamanya cara menghasilkannya dengan bahan yang asli tanpa mengubah menunya. Banyak jenis makanan tradisional yang dihasilkan daripada jagung selain pais jagung ni. 

Antara beberapa jenis makanan yang dihasilkan menggunakan jagung seperti Ensulu yang menggunakan jagung tua yang dimasak hingga lembut, dimakan menggunakan kelapa parut dan gula. Selain itu, dari jagung tua juga dihasilkan kuih yang orang panggil sekarang sebagai kuih Cincin yang sekarang ni orang buat menggunakan tepung gandum sepenuhnya. Kuih ini dihasilkan dengan mengoreng bertih jagung tua hingga berwarna perang, ditumbuk, ditapis, dicampur tepung gandum dan dibentuk seperti cincin dan disalut tepung cair kemudian digoreng, ha..!! memang sedap. Kecewanya, tiada lagi orang kampung yang buat kuih ini. Harap akan ada yang akan menghasilkan kuih ini dan dikomersilkan.