Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

30 March 2018

Anak Jati Sebayan Johan Tilawah Al-Quran Peringkat PBU

Tahniah Sharifah Siti Adawiyah bt Sh Garman. Johan tilawah Al-Quran peringkat Pantai Barat Utara yang diadakan di daerah Pitas pada 29 Mac 2018. Tilawah peringkat negeri akan berlangsung di daerah  Sandakan. Tahniah dan syabas juga kepada abahnya Ustaz Sharif Garman Hj. Sharif Mondoi kerana berjaya membimbing anak hebat ini. Kami warga Sebayan mengucapkan TAHNIAH, semoga berjaya di peringkat negeri nanti, Inshallah



18 March 2018

Jalan Sebayan Dibaiki Oleh Orang Sebayan

Kerosakan pada jalan Sebayan sehingga membahayakan pengguna jalan tersebut telah dimajukan kepada pihak berwajib dan pihak berkenaan namun jalan tersebut masih belum dibaiki. 

Tuan Haji Sharif Silan dan Sharif Dandan berusaha memperbaiki jalan tersebut (17.3.2018)

Sebelum keadaan bertambah teruk dan jalan tersebut tidak boleh dilalui, orang Sebayan melakukan sesuatu untuk mengurangkan risiko runtuhan jalan semakin besar. Tuan Haji Sharif Silan dan Sharif Dandan telah melakukan sesuatu perkara yang pihak berwajib tidak mampu fikir dan melaksanakannya. Mungkin kos terlalu besar atau memerlukan penilaian pihak luar, orang kampung memang tidak tahu dan tidak faham kenapa jalan itu tidak dibaiki sebab itulah wujud andaian seperti ini. 

Jentolak milik Sharif Dandan sedang melakukan tugasannya. 
Terima kasih yang tidak terhingga kepada dua orang insan hebat ini, kerana atas usaha mereka orang ramai telah beroleh manfaatnya. Semoga mereka dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat. Menyumbang sesuatu untuk masyarakat besar pahalanya, hanya Allah SWT mengetahuinya. 

30 January 2018

Gerhana Bulan Penuh Pada 31 Januari 2018


Ini semua berlaku atas kehendak, keizinan dan kekuasaan Allah SWT. Kita hamba-Nya perlu sedar dan dekatkanlah diri semoga kita akan menjadi hamba-Nya yang terbaik.

Kita sebagai umat Islam disunatkan mengerjakan solat sunat dan membacakan khutbah sempena peristiwa ini. Janganlah melakukan perkara atau perbuatan yang tidak sepatutnya sehingga mencemarkan akidah dengan kata lain percaya kepada perkara tahyul atau kepercayaan agama lain. Kita ada al-quran dan hadis, itulah panduan terbaik bagi kita sebagai umat Islam.

Inshallah....

27 January 2018

Kampung Sebayan Adalah Hak Kami

Pihak Taman-taman Sabah mengadakan majlis dialog bersama penduduk kampung Sebayan pada 26.1.2018, pada majlis tersebut pihak Taman-taman Sabah mentaklimatkan kepentingan kawasan marin dan hidupannya penting kepada komuniti. Kami pendulum kampung memang lama sudah tahu itu cerita sebab kami memang bergantung dengan hasil laut Teluk Marudu. Kamilah peneroka dan penjelajah laut Teluk Marudu.




Pihak JKKK kampung ada membuat permohonan untuk mewartakan kawasan kampung supaya kependudukan komuniti Sebayan kekal terjamin selamanya. Ini adalah ekoran campur tangan Taman-taman Sabah yang mengatakan kawasan kampung termasuk dalam lingkaran Taman-taman Sabah yang dilindungi.






Ingin ditegaskan bahawa dengan jelas, kewujudan kampung Sebayan adalah lebih awal daripada kewujudan Jabatan Taman-taman Sabah. Ada bukti dan ada dokumen yang menyokong fakta ini. Isu ini adalah serius dan kami serius dengan hak kami.

Selama ini kami seperti dipinggirkan daripada hak kami, lihat sahaja jalan Sebayan memalukan dan memudaratkan orang kampung bukan sahaja kepada orang Sebayan malah kampung-kampung berhampiran. Janji telah ditabur dari dulu hingga sekarang keadaan masih tetap sama.



Sampai bilakah keadaan ini berterusan? Mahu kata tukar kerajaan, sudag berkali tukar kerajaan negeri keadaan ini sama sahaja. Bolehlah dikatakan adun N4 Matunggong tanpa menyebut nama semuanya gagal menangani isu ini dan gagal membela nasib seluruh kampung yang terlibat. Ini kenyataan, kalau ada disuarakan sekalipun ianya tidak lebih kepada macam cakap kosong saja tiada impak. Mau bawa TV3 kali masuk kampung baru selesai, mungkin suatu hari nanti.

Datanglah turun dan menilai sendiri situasi dan keadaan penduduk kampung, jangan mau undi saja baru turun. Belalah nasib kami. Kalau tidak mampu jangan jadi wakil rakyat....senang.

Inilah denyut nadi penduduk Sebayan