Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

19 March 2015

Panorama Sebayan....

Assalamualaikum dan salam sejahtera, warga Sebayan yang berada di perantauan semua di sini kita kongsikan wajah Sebayan beberapa hari yang lepas yang mugkin boleh melepaskan sedikit kerinduan anda atau menambahkan kerinduan....Senyum selalu. Pastikan Syawal 2015 ni kita beraya bersama....

Masjid baharu kampung Sebayan dan hampir siap bagi menggantikan masjid yang lama. Kedudukan masjid baharu ini terletak berhampiran dengan dewan serbaguna, sebelah kiri menuju ke Sebayan Kecil. Alhamdulillah...cahaya Islam semakin bergemerlapan di kampung kita yang tersayang ini.

Suatu pagi membiru di ufuk timur Teluk Marudu

Lautan yang tenang dan perahu yang 'ketuhuran'

Pagi nan indah di kampung Sebayan dengan berlatarbelakangkan laut Teluk Marudu, pentas untuk mencari rezeki.

Pemilik akaun Instagram boleh hashtag di #KgSebayan dan kongsikan gambar-gambar menarik dan kenangan terindah anda di Kg.Sebayan untuk dikongsi bersama.

14 January 2015

Kampung Sebayan Memerlukan Dana Segera Untuk Pembaikan Jalan dan Membeli Kubah Masjid Baharu

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, pihak AJK Kampung Sebayan dan telah memutuskan bahawa dana amat diperlukan untuk memasang penghalang bagi mengelakkan runtuhan tanah seterusnya akan mengakibatkan jalan utama terputus. Sementara menunggu tindakan pihak berwajib yang berkenaan.

Selain daripada itu dana juga diperlukan untuk membeli kubah masjid baharu. Sumbangan boleh disalurkan terus melalui akaun bank BSN 1212 5410 0007 4820 atas nama Organisasi Masjid Al Malik Kg. Sebayan. Semoga Allah SWT akan memberikan rahmat-Nya kepada para penyumbang, dimurahkan rezeki serta digandakan.

Keadaan jalan dilihat dari dalam kenderaan

Jalan utama dalam keadaan kritikal

Jalan hampir terputus

Penduduk kampung bergotong royong menebang pokok untuk menahan hakisan

 Pokok yang telah di tebang dibawa keluar ke lokasi tanah runtuh