Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

04 September 2014

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Kampung Sebayan 2014 - "Cara Kami"

Pemandangan dari surau Al-Malik - Indahnya kampung Sebayan

Rombongan disambut gembira dan dengan seluas lautan Teluk Marudu ditadah sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan mereka. Kami sajikan keindahan dan kelembutan seni silat yang telah diwarisi sejak zaman berzaman.
(Seni silat oleh saudara Pendekar Rais)

Antara AJK dan penduduk kampung Sebayan yang memeriahkan sambutan kemerdekaan. Begitu bersemangat...
(Turut kelihatan dalam gambar Hj. Sharif Silan, Saudara Aman Apang, Sharif Haris, Saudara Aluk, saudara Suarah, saudara Sahadan @ Si Allu, Ust Asmarah, Sharif Ali dan ramai lagi)

Sebagai menyambut ketibaan para rombongan seni silat disajikan, ianya sinonim dengan sambutan kemerdekaan kerana pahlawan dan pejuang mempertahankan tanah air dengan ilmu silat. Begitu juga di Sebayan, Wafat Sharif Osman juga seorang perwira dan pembela tanahair.
(Pertunjukan seni silat, kami panggil beliau Pendekar Rais)

Sedang menanti rombongan dengan kemeriahan jalur gemilang dan bendera Negeri Di bawah Bayu.

Rombongan dibawa melawat dan merasai angin laut Teluk Marudu yang nyaman di sepanjang jeti kampung Sebayan, jelas kelihatan 'Ungus Sebayan' yang putih luas mata memandang.
(Seperti bait-bait lagu Ungus Sebayan...' Guyak-guyak berembangan, Tak patar Ungus Sebayan...')

Ibu-ibu juga mengambil bahagian untuk menyiapkan bendera terpanjang. Ia juga sebagai persediaan untuk penilaian peringkat Negeri pada 09 September 2014. Ingin mengerti kerjasama dan muafakat? datanglah ke Sebayan....

No comments:

Post a Comment