Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

23 July 2014

Program Ziarah Makam Sharif Osman di Marudu Laut, Kota Marudu, Sabah

Program ziarah makam Sharif Osman ini telah diusahakan oleh Tuan Sharif Azad bin Sharif Attar bersama warga Anak Teluk Marudu (ATM) bertujuan untuk memberi penghormatan kepada wafat Tuanku Sharif Osman yang merupakan seorang perwira dan pahlawan sejati yang sanggup menggadaikan kesenangan, kemewahan dan keselesaan semata-mata ingin memperjuangkan kedaulatan bumi Marudu daripada terus dijajah oleh penjajah Barat yang akhirnya menyebabkan beliau tersungkur bersama para pengikutnya.
 
Ketibaan Pa Min bersama rombongan

Pa Min sedang mendengar sedikit taklimat mengenai tanah perkuburan tersebut dengan disaksikan oleh Tuan Sharif Azad, saudara Mustapha Kamal serta warga ATM
 
Program ini juga adalah untuk menghimpunkan kerabat Sharif dan Sharifah yang telah terpisah sejak sekian lama bersama-sama membersihkan pemakaman Tuanku Sharif Osman diikuti bacaan surah Yaasin sebagai sedekah sempena ramadhan yang mulia ini.

 
Keadaan tanah perkuburan yang memerlukan pembelaan

Apa yang mengujakan seluruh kerabat Sharif dan Sharifah, warga Marudu serta warga Anak Teluk Marudu (ATM) program yang julung kalinya diadakan ini turut dihadiri oleh individu yang paling dihormati, disanjung dan berwibawa iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat atau nama singkatan yang sering digunakan Pa Min.
 

Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
 
Program ini bertambah ceria dan memberi sejuta makna untuk semua. Program seumpama ini diharapkan dapat memberikan mesej kepada pihak-pihak terlibat dan tertentu agar kepentingan memelihara sejarah dan ketuanan bangsa terus dipelihara supaya tidak ditelan zaman dan diwarisi generasi yang akan datang. Sebelum program ini diadakan ramai pihak tidak tahu keadaan sebenar makam Sharif Osman dan di manakah lokasi makam tersebut, sehinggalah tarikh 19 Julai 2014.

Pa Min merupakan seorang yang pemurah, semasa program ini juga beliau telah menyumbangkan sebanyak RM10,000.00 untuk memperbaiki jalan masuk ke pemakaman ini serta menaik taraf makam wafat Tuanku Sharif Osman. Sumbangan yang telah beliau berikan hanya Allah SWT yang sewajarnya yang memberikan balasan, kami hanya mampu berdoa dengan ikhlas setulus hati semoga Pa Min terus dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dikurniakan kekuatan fizikal dan akal fikiran untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh negara dan rakyat Malaysia.
 

Pa Min bersama Tuan Sharif Azad serta peserta program ziarah

Gambar kenangan bersama Pa Min
 
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pa Min kerana sudi menghadirkan diri pada program yang telah diadakan. Penghargaan syabas dan tahniah kepada Tuan Sharif Azad bin Sharif Attar bersama warga Anak Teluk Marudu (ATM) kerana dengan usaha gigih beliau program ini telah berjaya direalisasikan.

Penulis ingin berkongsi dialog di antara Pa Min dengan Tuan Sharif Azad semasa pertemuan pertama mereka yang menceritakan siapa beliau dan apa kaitan beliau dengan keturunan Sharif. 

Tan Sri Pa Min : Siapa nama kamu dan berasal dari mana?

Tuan Sharif Azad : Sharif Azad dari Kampung Sebayan, Kudat.

Tan Sri Pa Min : Kau Tahu Sharif Azad, semua Sharif di kampung Sebayan adalah keluarga saya sebab saya pun keturunan sharif, datuk saya keturunan Sharif.

Beliau menambah lagi " Saya masih ingat, pada masa kecil dulu bapa saya bawa saya pergi Sebayan dan ziarah keluarga Sharif dan ziarah kubur di Tampat/Torong Sepongoh (tanah perkuburan kg. Sebayan) iaitu kubur keturunan Sharif"
 

5 comments:

  1. Assalamu alaikum,

    Tahniah kepada Pa Min dan semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Sesungguhnya usaha ini sangat mulia dan meletakkan nama Shariff Usman sebagai Pejuang Ulung Bumi Marudu (Sabah). Setiap ada masa terluang saya seringkali menziarahi makam dan kubu Shariff Usman sejak tahun 1989 lagi sehingga sekarang. Saya tidak dapat bersama sewaktu program ini tetapi saya selalu megikuti perkembangan mengenai Pemakamam ini.

    Terlalu sakit dan pedih apabila nama Pejuang ini seringkali diputar belit dan difitnah dengan berbagai tohmahan.

    Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya mengenai Makam Syariff Usman.Dulu pemakaman ini adalah hutan dan kurang dipulihara. Selalu timbul kekeliruan, di mana sebenarnya Kubur Syariff Usman, adakah dalam kawasan Kubu? atau di Luar Kubu?.

    Orang selalu keliru dengan mengatakan kubur Syariff Usman berada di dalam Kubu, walhal perkuburan dalam kubu itu telah ada sejak tahun 1840 an lagi iaitu sejak adanya Negeri Marudu.

    Dalam catatan Barat dikatakan, Syariff Usman telah cedera parah sewakatu serangan ke Marudu tahun 1846 dan dibawa menyusup ke luar dari Kubu oleh pengikutnya. Dia akhirnya wafat di luar kubu dalam kawasan hutan jauh sedikit dari kawasan kubu.Dikatakan juga antara yang terbunuh sewaktu serangan di Marudu ialah 3 orang Arab (Shariff). Oleh itu, Makam atau Kuburan Syariff Usman berada di luar kubu dan bukannya dalam kubu.

    Fakta ini perlu dibetulkan. Syariff Usman tiada gambar tetapi pengalaman mistik orang yang menemui rohnya menampakkan Syariff Usman seorang yang tinggi,berkulit hitam manis, bermisai melentik, matanya garang, berbaju hitam lengan pendek seperti seorang Panglima, bertanjak di kepala, di lengan kanannya ada ikatan kain hitam. Umurnya dalam lingkungan 40an.Dia diiringi oleh seorang Panglima Kanan bertubuh sedikit pendek.

    Semoga ada Pelukis yang mampu melukis wajahnya.

    Wassalam.

    Nahalan HM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terim kasih atas maklum balas anda, banyak info berguna.

      Delete
  2. Admin sentiasa mengharapkan sebarang cadangan untuk dan bantuan dalam pencarian asal usul keturunan Sharif di Sabah...

    ReplyDelete
  3. ASSALAMUALAIKUM... ADMIN SAYA PUN TENGAH MENCARI SALASILAH KELUARGA SAYA... NAMA BAPA SAYA SHARIFF MOHD JAPARA BIN SHARIFF ABU BAKAR BIN SHARIFF ABU BAKAR BIN SHARIFF SHEIKH (TUAN).. SAYA BERHARAP KALAU ADMIN DAPAT MEMBANTU ATAU MEMBERI SAYA SEDIKIT INFO UNTUK SAYA MENJEJAK AHLI KELUARGA BELAH AYAH SAYA. SEKIRANYA ADA MAKLUMAT BOLEH TOLONG EMAIL KAT SAYA (bb_280400@yahoo.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumusalam....banyak rujukan yang anda boleh lakukan. Sekiranya anda berdekatan di Daerah Kudat atau Kota Marudu elok anda datang ke Kg.Sebayan sebab masih terdapat beberapa orang tua yang masih ingat akan salasilah. Mungkin boleh membantu anda....wallahualam

      Delete