Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

10 July 2014

Program Ziarah dan Gotong Royong Perdana Makam Wafat Sharif Osman

Rombongan ziarah Anak Teluk Marudu (ATM) di makam Wafat Sharif Osman diketuai oleh
Tuan Sharif Azad bin Sharif Attar (Tengah).
Beginilah wajah makam wafat Sharif Osman, seorang wira dan pejuang kemerdekaan untuk membebaskan tanahair tercinta serta rakyat yang dikasihi daripada penjajah Barat ketika itu yang akhirnya mencemarkan imej beliau  dan para pejuang yang lain bersama beliau sebagai 'lanun' hanya kerana beliau dan pengikut-pengikut beliau berjuang menentang penjajah. Beliau seorang pejuang termashyur dan berjasa yang sudah pasti tidak mahukan sanjungan. Tetapi adakah keadaan ini yang sewajarnya Allahyarham terima?
 
Mungkin permulaan harus dimulakan, rombongan ziarah ATM (Anak Teluk Marudu) yang diketuai oleh Tuan Sharif Azad bin Sharif Attar bersama rombongan ini bukanlah yang pertama kalinya diadakan, rombongan ini telah mendedahkan keadaan yang sebelum ini terlalu daif dan terbiar. Dalam entri sebelum ini, penulis ada menyatakan bahawa "sesuatu perlu dilakukan segera" sebagai menyokong usaha ATM untuk memartabatkan semula Sharif Osman.
 
Sehubungan dengan itu, satu rombongan ziarah dan program gotong royong akan diadakan di makam ini pada ketetapan seperti berikut:-
 
Rombongan Ziarah
 
Tarikh  :  19 hb JULAI 2014 ( Sabtu)
 
Gotong Royong Perdana
 
Tarikh  :  23 OGOS 2014 ( Sabtu)
 
Bagi menjayakan gotong royong perdana ini, penulis menyeru kepada semua warga Islam di seluruh Kota Marudu, Kudat dan Seluruh Sabah sekiranya berkesempatan dan mempunyai masa yang terluang untuk hadir dijemput ke program yang julung kalinya diadakan.
 
Permintaan khusus ini ditujukan kepada seluruh warga Islam seluruh Sabah dan Malaysia yang berketurunan SHARIF agar berkesempatan hadir bagi menjayakan program ini seterusnya bersama-sama sedekahkan bacaan surah Yaasin dengan harapan dan doa agar roh Allahyarham dan para pejuang yang lain dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.
 
Usaha mengadakan program telah lama dibincangkan dan hanya pada tarikh tersebut insha Allah akan terlaksana dengan harapan generasi muda tidak lupa bahawasanya ada insan hebat yang berjuang untuk memastikan kesenangan dan keselesaan yang mereka nikmati kini. Diharapkan program ini akan memberikan manfaat dan impak yang besar dengan memberi kesedaran bahawa sejarah pahlawan dan pejuang agama dan bangsa tidak harus dilupakan.
 
Ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Tuan Sharif Azad bin Sharif Attar yang juga merupakan Pegawai Pendidikan Daerah Kudat, Sabah bersama warga ATM (Anak Teluk Marudu) kerana berjaya merealisasikan program ini dengan harapan akan mendapat sambutan dan mencapai objektifnya, semoga usaha anda semua mendapat berkat dan limpahan pahala daripada Allah SWT.....amin.
 
Nota: sebarang pertanyaan boleh diutarakan kepada Tuan Sharif Azad di talian 019-432 3043

No comments:

Post a Comment