Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

23 July 2014

Program Ziarah Makam Sharif Osman di Marudu Laut, Kota Marudu, Sabah

Program ziarah makam Sharif Osman ini telah diusahakan oleh Tuan Sharif Azad bin Sharif Attar bersama warga Anak Teluk Marudu (ATM) bertujuan untuk memberi penghormatan kepada wafat Tuanku Sharif Osman yang merupakan seorang perwira dan pahlawan sejati yang sanggup menggadaikan kesenangan, kemewahan dan keselesaan semata-mata ingin memperjuangkan kedaulatan bumi Marudu daripada terus dijajah oleh penjajah Barat yang akhirnya menyebabkan beliau tersungkur bersama para pengikutnya.
 
Ketibaan Pa Min bersama rombongan

Pa Min sedang mendengar sedikit taklimat mengenai tanah perkuburan tersebut dengan disaksikan oleh Tuan Sharif Azad, saudara Mustapha Kamal serta warga ATM
 
Program ini juga adalah untuk menghimpunkan kerabat Sharif dan Sharifah yang telah terpisah sejak sekian lama bersama-sama membersihkan pemakaman Tuanku Sharif Osman diikuti bacaan surah Yaasin sebagai sedekah sempena ramadhan yang mulia ini.

 
Keadaan tanah perkuburan yang memerlukan pembelaan

Apa yang mengujakan seluruh kerabat Sharif dan Sharifah, warga Marudu serta warga Anak Teluk Marudu (ATM) program yang julung kalinya diadakan ini turut dihadiri oleh individu yang paling dihormati, disanjung dan berwibawa iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat atau nama singkatan yang sering digunakan Pa Min.
 

Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
 
Program ini bertambah ceria dan memberi sejuta makna untuk semua. Program seumpama ini diharapkan dapat memberikan mesej kepada pihak-pihak terlibat dan tertentu agar kepentingan memelihara sejarah dan ketuanan bangsa terus dipelihara supaya tidak ditelan zaman dan diwarisi generasi yang akan datang. Sebelum program ini diadakan ramai pihak tidak tahu keadaan sebenar makam Sharif Osman dan di manakah lokasi makam tersebut, sehinggalah tarikh 19 Julai 2014.

Pa Min merupakan seorang yang pemurah, semasa program ini juga beliau telah menyumbangkan sebanyak RM10,000.00 untuk memperbaiki jalan masuk ke pemakaman ini serta menaik taraf makam wafat Tuanku Sharif Osman. Sumbangan yang telah beliau berikan hanya Allah SWT yang sewajarnya yang memberikan balasan, kami hanya mampu berdoa dengan ikhlas setulus hati semoga Pa Min terus dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dikurniakan kekuatan fizikal dan akal fikiran untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh negara dan rakyat Malaysia.
 

Pa Min bersama Tuan Sharif Azad serta peserta program ziarah

Gambar kenangan bersama Pa Min
 
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pa Min kerana sudi menghadirkan diri pada program yang telah diadakan. Penghargaan syabas dan tahniah kepada Tuan Sharif Azad bin Sharif Attar bersama warga Anak Teluk Marudu (ATM) kerana dengan usaha gigih beliau program ini telah berjaya direalisasikan.

Penulis ingin berkongsi dialog di antara Pa Min dengan Tuan Sharif Azad semasa pertemuan pertama mereka yang menceritakan siapa beliau dan apa kaitan beliau dengan keturunan Sharif. 

Tan Sri Pa Min : Siapa nama kamu dan berasal dari mana?

Tuan Sharif Azad : Sharif Azad dari Kampung Sebayan, Kudat.

Tan Sri Pa Min : Kau Tahu Sharif Azad, semua Sharif di kampung Sebayan adalah keluarga saya sebab saya pun keturunan sharif, datuk saya keturunan Sharif.

Beliau menambah lagi " Saya masih ingat, pada masa kecil dulu bapa saya bawa saya pergi Sebayan dan ziarah keluarga Sharif dan ziarah kubur di Tampat/Torong Sepongoh (tanah perkuburan kg. Sebayan) iaitu kubur keturunan Sharif"
 

10 July 2014

Sharif Osman Wira Marudu


Terletak di Kota Marudu @ Bandau

(Rujukan : shariffosmanmnaha67.blogspot.com)

Syariff Osman atau nama sebenarnya Syariff Osman Bin Syariff Mohamad Rum adalah seorang Ketua Wilayah atau Raja yang memerintah Marudu di antara tahun 1830 - 1845. Beliau berketurunan Bajau/Suluk dan telah diamanahkan oleh Sultan Sulu bagi mentadbir kawasan Marudu. Bapanya seorang yang berketurunan syariff atau syed dan merupakan salah seorang pembesar istana Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei.

Apabila Kesultanan Sulu mengambil alih beberapa kawasan di Borneo Utara dari Kesultanan Brunei, Syariff Osman telah dia amanahkan mentadbir wilayah Marudu. Pada masa ini, Struktur Pentadbiran Borneo ( Sabah ) di bawah Kesultanan Sulu telah dibahagikan kepada tiga wilayah atau kawasan; iaitu Wilayah Marudu, Wilayah Mangindora dan Wilayah Tirun. Wilayah Marudu meliputi kawasan kepulauan Palawan, Balabak, Banggi, Balambangan, Marudu, Tempasuk, Ambong, Pitas atau Lingkabao, Paitan, Sugut, Labuk dan berakhir di Teluk Sandakan. Wilayah Mangindora pula meliputi kawasaan Sandakan, Kinabatangan, Tungku, Sabahan ( Tingkayu ), sehingga ke Sungai Apas. Manakala Wilayah Tirun menganjur dari Sabahan sehingga ke kawasan Sibuko, Sambakong, Bulungan dan Berau. Kesemua kawasan ini ditadbir oleh beberapa orang Ketua Sulu yang terdiri daripada Datu, Shariff, Tuan dan Pangeran.
 
Walau bagaimanapun, Marudu adalah wilayah utama dan merupakan kawasan yang terbesar sekali di antara tiga wilayah itu. Marudu diketuai oleh Shariff Osman, Mangindora diketuai oleh Tuan Abandol (Sungai Sandakan), Datu Bandar (Pangeran) Betau (di Segaliud dan mengetuai orang-orang Buludupi/Idaan/Sungai ). Mana kala Wilayah Tirun ditadbir oleh beberapa orang Datu, antaranya ialah Datu Sapindin yang mentadbir Sabahan (sebuah daerah di Teluk Darvel).

Shariff Osman telah berkahwin dengan seorang puteri Sulu yang dikenali sebagai Dayang Cahaya iaitu anak Raja Muda Bantilan atau Sultan Badaruddin. Dayang Cahaya merupakan adinda kepada Raja Muda Sulu iaitu Datu Mohamad Buyo atau Maharaja Adinda Aranan Puyoh.



Syariff Osman telah mendirikan pusat pentadbirannya di kawasan Kuala Sungai Besar (Sungai Bandau-Langkon). Beliau telah menjalankan perniagaan mengeksport hasil-hasil hutan dan laut seperti kapur barus, rotan, mutiara, beras bukit, kulit penyu, sarang burung, hasil-hasil laut dan sebagainya. Pada masa ini, Marudu muncul sebagai kawasan utama penyumbang hasil-hasil tersebut ke Sulu dan adalah wilayah yang terpenting sekali di antara semua wilayah Kesultanan Sulu. Syariff Osman juga dipertanggung jawabkan untuk memungut cukai untuk dirinya dan Sultan Sulu dari pedagang-pedagang yang menjalankan perniagaan di kawasan Marudu. Oleh itu, beliau telah melantik wakilnya yang terdiri daripada Datu-datu Sulu dan Ketua-ketua Suku untuk menjalankan tanggung jawab ini.

Pada masa ini juga, aktiviti pelanunan semakin berleluasa dan tidak dinafikan ada di antara ketua-ketua yang dilantik oleh Shariff Osman terlibat dalam aktiviti ini. Aktiviti ini sebenarnya dimulakan oleh pihak Sepanyol pada masa pelayaran Ferdinand Magellan. Ferdinand Magelland dicatatkan dalam sejarah oleh Pigafetta sebagai orang yang mula-mula sekali melanun di kepulauan Sulu. Ferdinand Magellan dalam perjalanan dari Sampang Mengayau ( Borneo ) pada tahun 1521 telah merompak kapal Wizurai Brunei di perairan Paragua ( Pulau Palawan ) dan menawan Raja Pulau Palawan iaitu Tuan Mahamud dan anaknya Tuan Ahmad. Ferdinand Magelland telah membawa Tuan Mahamud ke Pulau Palawan dan memaksa penduduk di sana memberi makanan seperti ayam, kambing, babi, pisang, ubi dan bermacam-macam lagi kepada rombongan Magellan.
 
Sejarah ini telah memulakan aktiviti peperangan di laut di antara orang-orang barat dan orang-orang tempatan dan selalunya pihak yang kalah akan dirampas kapal dan harta bendanya. Tawanan akan dijual sebagai hamba di mana-mana pelabuhan dagang utama. Aktiviti ini juga berlaku di kalangan pihak yang bermusuhan sama ada di kalangan kapal-kapal dagang barat sesama sendiri atau di antara pihak barat dan pihak timur. Sebenarnya sejarah penjajahan baratlah yang memulakan aktiviti ini. Keadaan ini berterusan sehinggalah pada abad ke-18 dan ke-19. Antara kumpulan lanun Borneo dan Sulu yang terkenal ialah kumpulan orang-orang Illanun ( Irranun ), Balanini ( Bangingi ) dan orang-orang Dayak Laut.

Sebenarnya, tidak ada satupun dokumen barat mahupun mana-mana dokumen dari Kesultanan Brunei atau Kesultanan Sulu yang dapat mengesahkan bahawa Syariff Osman telah merompak kapal dagang atau menyerang kampung mana-mana penduduk tempatan. Kebijaksanaan dan kepimpinan Syariff Osman sebenarnya adalah faktor utama yang telah menimbulkan rasa kemarahan dan perasaan cemburu pihak Barat dan beberapa pembesar Brunei.
 
Syariff Osman dan pengaruhnya yang kuat ketika di Borneo dan Sulu itu boleh mengancam kewibawaan dan kekuasaan pihak Barat dan Brunei. Lebih-lebih lagi, tindakan Syariff Osman mengisytiharkan dirinya sebagai " Pemerintah Bebas " telah menimbulkan kemarahan musuh-musuhnya dan jika tidak dihalang dan dimusnahkan sudah tentulah Syariff Osman akan menjadi Sultan di Borneo. Pihak pembesar Brunei, Rajah James Brooke dan pihak British North Borneo akan terancam dan akan mengagalkan semua agenda mereka di Borneo Utara. Dr.Ranjit Singh, dalam buku, Commorative History Of Sabah 1881 - 1981 membuat ulasan seperti berikut;

"In certain cases, where Brunei and Sulu authority was lax and the settled population feared attacks by pirates, men of out-standing ability, strength and an independent disposition were able to establish themselves as protectors and virtual independent chiefs"



Oleh yang demikian, kemunculan Ketua Bebas seperti Shariff Osman adalah disebabkan oleh kemerosotan dan lemahnya kekuasaan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu pada masa itu dan disebabkan oleh meningkatnya ancaman lanun. Dalam hal ini, Shariff Osman adalah pilihan terbaik untuk memberikan perlindungan dan jaminan keselamatan kepada penduduk Borneo Utara, khasnya di Marudu daripada ancaman lanun. Dengan ini, adalah mustahil seorang ketua yang menjadi pelindung rakyat di wilayahnya menyamun, membunuh, merogol atau melanun orang-orang yang menjadi rakyatnya sendiri.

Kesanggupan Shariff Osman untuk memberikan perlindungan terhadap orang-orang di bawah kekuasaannya dan kerelaannya untuk melindungi rakyatnya daripada ancaman dan serangan lanun-lanun telah menyebabkan ramai orang yang datang dan tinggal menetap di wilayah Marudu. Ini menyebabkan berlakunya ledakan penduduk di Marudu sehingga Marudu menjadi wilayah yang terpenting dan paling ramai didiami penduduk Borneo Utara ketika itu. St. John dalam bukunya," Life in the Forest of the Far East " yang ditulisnya pada tahun 1863 menganggarkan penduduk dalam "daerah Marudu" ketika itu lebih kurang 50,000 orang.
 
Jumlah ini tidak termasuk penduduk di kawasan kepulauan Palawan, Balabak, Banggi dan pulau-pulau sekitarnya yang juga berada di bawah pemerintahan Shariff Osman. Jumlah penduduk ini jauh lebih ramai dari penduduk Kerajaan Brunei dan Kerajaan James Brooke. Negeri Marudu telah muncul sebagai saingan terbaru Kerajaan Brunei dan Kerajaan Brooke dan jika tidak disekat dan dimusnahkan besar kemungkinan ia akan mengancam semua kerajaan yang ada di Borneo Utara ketika itu. Penduduk-penduduk yang tinggal di negeri Shariff Osman terlibat dengan aktiviti ekonomi penternakan dan perikanan, sementara mereka yang tinggal kawasan penempatan Shariff Osman menjalankan aktiviti ekonomi perdagangan.

Dalam rancangannya untuk memberikan perlindungan terhadap rakyatnya, Shariff Osman telah dibantu oleh sejumlah besar panglima dan pahlawan dari Sulu, Brunei dan Borneo yang sanggup menjadi pengikutnya
. Dia telah membina kubu yang kuat di Kuala Sungai Besar yang dilengkapi dengan senjata api dan dua meriam yang besar. Bahagian depan kubunya telah ditempatkan kapal-kapal dan perahu perang yang sedia berperang pada bila-bila masa sahaja. Manakala perairan sungai bahagian hadapan kubunyan telah dipasang dengan rantai besi yang merentangi perairan kubunya agar kapal-kapal yang menyerang kubunya tidak dapat mendekati pangkalannya.

Kemakmuran dan keselamatan negeri Shariff Osman ini digambarkan oleh Dr.Ranjit Singh, seperti berikut;
" Evidence seems to indicate that chiefdoom was flourishing one, for though Sharif Osman was reputed to be a man of fierce disposition, many people came to settle under his jurisdiction as he could provide protection and security " - DR. Ranjit Singh : Commerative History Of Sabah 1881 - 1981. ( )

Sejarah Sharif Osman Oleh Seorang Penulis dan Pengkaji Barat - Dr. Bianca Maria Gerlich (Denmark)

 


 
 
 
(Rujukan/Artikel Asal : Dr. Bianca Maria Gerlich @ www.mompracem.de / www.sandokan.info)
 
Marudus TigerflaggeSyarif (disebut Sharif) Osman memerintah sehingga 1845 Marudu, yang boleh dianggap sebagai pembentukan sebuah negara awal dari segi thalassocracies Melayu. Pencapaian utama beliau adalah untuk menyatukan seluruh Teluk Marudu dan wilayah di kejiranan di bawah pemerintahan beliau, yang berlaku sama ada sebelum atau selepas dia lebih. Juga Sankokong (Sandokan) Melapi salah satu sekutu-sekutunya. Marudu adalah Principality (kerajaan) Syarif Osman, bendera kepala harimau pada latar belakang merah. Kesahihan adalah berdasarkan tajuk, pakatan perkahwinan beliau, konsep ekonomi dan karisma beliau. Marudu adalah bebas Brunei dan Sulu, dan itulah apa yang dia telah ditakdirkan.

James Brooke, seorang pengembara British, yang diperolehi pada awal tahun 1840-an, dominasi Sarawak.Beliau pertama berpatah kepala dari sungai bersebelahan, dia berlatih - disokong oleh Tentera Laut British - pengaruhnya ke atas kejayaan Sultan Brunei. Sejak Syarif Osman merupakan risiko yang tak terhitung dan Marudu adalah untuk mengukuhkan kuasa ekonomi dan politik, Brooke menumpukan seluruh tenaga dari Oktober 1844 hingga Ogos 1845, untuk memperburukkan Syarif Osman sebagai lanun, jadi Tentera Laut mempunyai alasan untuk memusnahkan Marudu.
 

 
 
 
 
Pada 19 Ogos 1845, Marudu adalah di bawah arahan keseluruhan Naib Laksamana Cochrane Thomas dimusnahkan. Ia adalah satu hari yang dahsyat untuk penduduk aman yang sepatutnya diketahui tidak tahu mengapa yang sudah dikenakan ke atas mereka dan mereka telah hilang keyakinan dalam jangka masa panjang kepada Eropah.

Ia adalah tidak jelas, tetapi mungkin bahawa Syarif Osman meninggal dunia akibat cedera itu selepas pertempuran. Pada lawatan seterusnya kepada British di Teluk Marudu, mereka menyatakan bahawa terdapat anarki hampir memerintah. Mereka menyesal walaupun yang tidak apa-apa pemerintah bertenaga seperti Syarif Osman yang boleh menjejaskan perdagangan di antara British dan Marudu boleh menyimpan. Anak-anak lelaki dan cucu beliau memerintah namun terus dalam bidang Marudu, tetapi kesatuan pelbagai daerah mereka tidak berjaya.
 

 
 
Dalam penulisan sejarah yang Inggeris penjajah Syarif Osman yang dikenali sebagai lanun, yang pergi kembali kepada James Brooke sahaja. Beliau telah secara sistematik bekerja untuk memburuk-burukkan Osman dengan pihak berkuasa Inggeris sebagai lanun. Jika tidak dia tidak akan menjadi dapat memerangi Osman. Brooke tidak mempunyai bukti sebenar cetak rompak Syarif Osman.

Sudah tentu, gambar dalam sejarah Syarif Osman telah berubah. Syarif Osman juga kini dalam sejarah Malaysia sendiri dilihat sebagai seseorang yang telah menetapkan sendiri berani, tetapi sia-sia terhadap menggalakkan British untuk mempertahankan. Dalam Marudu terdapat banyak legenda mengenai beliau. Namun begitu, sentiasa terdapat kenyataan-kenyataan mengenai Marudu sebagai sarang lanun atau Syarif Osman sebagai pemimpin lanun, sebagai contoh, di dalam buku-buku pelancongan atau dari orang-orang yang seolah-olah telah mempertimbangkan sastera hanya dari zaman penjajah kepada kadar.
 

 

Marudu keras dihormati sebagai kerajaan bebas dalam sejarah Sabah. Sudah tentu, ini juga hasil daripada kemerosotan yang terlalu pesat, yang telah disediakan untuknya. Brooke dan kemudiannya British, yang tahu, bagaimanapun, kepentingan Marudu yang telah berada di bawah Syarif Osman. Saya telah lama diuruskan dengan sejarah Marudu dan Syarif Osman dan menulis tesis mengenainya. Ia telah diterbitkan dalam Bahasa Inggeris supaya itu boleh dibaca dengan lebih baik di peringkat antarabangsa. Saya akan memberikan maklumat mengenai Syarif Osman, Marudu, Sandokong dan James Brooke.
 
Pembinaan semula silsilah Osman asas Syarif Marudu sumber bertulis yang ke-19 Abad (dicipta oleh Bianca Gerlich, dan lihat disertasi atau buku, "Marudu 1845"). Keluarga Syarif Osman tinggal daripada kira-kira 1830 untuk 1886 tahun di Marudu. Anaknya, Syarif Yassin telah dilihat sebagai pemimpin utama di tempat kejadian. Menurut kepada perubahan latihan lisan, terdapat banyak lagi saudara-mara.
 
Salahsilah Sharif Osman
 

Mengenai; Dr. Bianca Maria Gerlich

Bianca GerlichDr Bianca Maria Gerlich adalah pemilik dan penulis situs ini. Sejarah keberadaan Sandokan dan bendera Harimau terdeteksi berdasarkan sumber-sumber tertulis dan lisan. Dia belajar pada 1990-an di Universitas Hamburg "Austronesistik" (Studi Melayu Tenggara / Asia), dengan disertasi tentang Syarif dari Marudu Osman, seorang sahabat Sandokan, PhD.

Pada halaman ini Anda dapat menemukan data biografi Bianca Gerlich dalam hubungannya dengan Sandokan, sebagai publikasi daripada Bianca Gerlich, artikel koran tentang Bianca Gerlich dan juga beberapa informasi tentang perjalanannya ke Malaysia.
 

Program Ziarah dan Gotong Royong Perdana Makam Wafat Sharif Osman

Rombongan ziarah Anak Teluk Marudu (ATM) di makam Wafat Sharif Osman diketuai oleh
Tuan Sharif Azad bin Sharif Attar (Tengah).
Beginilah wajah makam wafat Sharif Osman, seorang wira dan pejuang kemerdekaan untuk membebaskan tanahair tercinta serta rakyat yang dikasihi daripada penjajah Barat ketika itu yang akhirnya mencemarkan imej beliau  dan para pejuang yang lain bersama beliau sebagai 'lanun' hanya kerana beliau dan pengikut-pengikut beliau berjuang menentang penjajah. Beliau seorang pejuang termashyur dan berjasa yang sudah pasti tidak mahukan sanjungan. Tetapi adakah keadaan ini yang sewajarnya Allahyarham terima?
 
Mungkin permulaan harus dimulakan, rombongan ziarah ATM (Anak Teluk Marudu) yang diketuai oleh Tuan Sharif Azad bin Sharif Attar bersama rombongan ini bukanlah yang pertama kalinya diadakan, rombongan ini telah mendedahkan keadaan yang sebelum ini terlalu daif dan terbiar. Dalam entri sebelum ini, penulis ada menyatakan bahawa "sesuatu perlu dilakukan segera" sebagai menyokong usaha ATM untuk memartabatkan semula Sharif Osman.
 
Sehubungan dengan itu, satu rombongan ziarah dan program gotong royong akan diadakan di makam ini pada ketetapan seperti berikut:-
 
Rombongan Ziarah
 
Tarikh  :  19 hb JULAI 2014 ( Sabtu)
 
Gotong Royong Perdana
 
Tarikh  :  23 OGOS 2014 ( Sabtu)
 
Bagi menjayakan gotong royong perdana ini, penulis menyeru kepada semua warga Islam di seluruh Kota Marudu, Kudat dan Seluruh Sabah sekiranya berkesempatan dan mempunyai masa yang terluang untuk hadir dijemput ke program yang julung kalinya diadakan.
 
Permintaan khusus ini ditujukan kepada seluruh warga Islam seluruh Sabah dan Malaysia yang berketurunan SHARIF agar berkesempatan hadir bagi menjayakan program ini seterusnya bersama-sama sedekahkan bacaan surah Yaasin dengan harapan dan doa agar roh Allahyarham dan para pejuang yang lain dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.
 
Usaha mengadakan program telah lama dibincangkan dan hanya pada tarikh tersebut insha Allah akan terlaksana dengan harapan generasi muda tidak lupa bahawasanya ada insan hebat yang berjuang untuk memastikan kesenangan dan keselesaan yang mereka nikmati kini. Diharapkan program ini akan memberikan manfaat dan impak yang besar dengan memberi kesedaran bahawa sejarah pahlawan dan pejuang agama dan bangsa tidak harus dilupakan.
 
Ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Tuan Sharif Azad bin Sharif Attar yang juga merupakan Pegawai Pendidikan Daerah Kudat, Sabah bersama warga ATM (Anak Teluk Marudu) kerana berjaya merealisasikan program ini dengan harapan akan mendapat sambutan dan mencapai objektifnya, semoga usaha anda semua mendapat berkat dan limpahan pahala daripada Allah SWT.....amin.
 
Nota: sebarang pertanyaan boleh diutarakan kepada Tuan Sharif Azad di talian 019-432 3043

03 July 2014

Ceramah Pendidikan Dan Kesihatan (Air) Di Kampung Sebayan - Jabatan Kesihatan Daerah Kudat 03.07.2014

Sesi Ceramah Mengenai Kesihatan Melibatkan Air

Interaksi Bersama Penceramah Membolehkan Mereka Memperolehi Maklumat Berharga

Antara Yang Hadir...Tahniah dan Syabas Anda Bertuah!

Antara Fasilitator Yang Terlibat
"Terima Kasih Jabatan Kesihatan Daerah Kudat"

Bahan Ceramah; Langkah-langkah Pencegahan Demam Kepialu