Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

25 June 2014

Kampung Sebayan Johan Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia Peringkat Daerah Kudat Tahun 2014

"Assalamualaikum, tahniah kepada GDW Kg. Sebayan, Kudat sebab menjadi Johan Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia Peringkat Daerah Kudat Tahun 2014. Teruskan usaha untuk penilaian seterusnya di peringkat Negeri Sabah" - Tuan Kamaruddin Lidi, Pegawai Kemas Daerah Kudat
 
Itulah maklumat yang telah diterima pada 25/06/2014 @ 11.39 pagi ini daripada Tuan Kamaruddin bin Lidi yang merupakan Pegawai Kemas Daerah Kudat, mengesahkan bahawasanya Kampung Sebayan telah dinobatkan sebagai JohanPertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia Peringkat Daerah Kudat Tahun 2014. Ini telah disahkan oleh Pegawai MARA Daerah Kudat yang merupakan Ketua Panel Hakim ADS1M Peringkat Daerah Kudat pada mesyuarat yang diadakan sebentar tadi.
 
Majlis penyampaian hadiah dan sijil pengiktirafan akan diadakan selepas Hari Raya Aidil Fitri 2014. Seluruh warga Kampung Sebayan ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para panel ADS1M yang berkunjung ke Kampung Sebayan seterusnya menganugerahkan gelaran JOHAN kepada Kampung Sebayan. Ucapan tahniah dan syabas juga kepada seluruh barisan kepimpinan dan AJK Kampung Sebayan serta pihak persendirian yang telah bertungkus-lumus dalam usaha untuk memperolehi anugerah ini, sesungguhnya usaha barisan kepimpinan Kampung Sebayan amat-amat dihargai.
 
Jadikan Johan ADS1M di peringkat Negeri Sabah sebagai sasaran untuk meraih anugerah berganda. Inilah hasil daripada kesejahteraan komuniti, kerjasama berpasukan sebagai satu keluarga, kreativiti dan pelbagai sumbangan yang tidak terhingga. Diharapkan dengan pencapaian ini akan menjadikan warga Kampung Sebayan sebagai warga yang cemerlang dan berjaya.

Tahniah dan Syabas!!
 
(Gambar penyampaian anugerah akan dimasukkan kemudian)

3 comments:

  1. Tahniah.. semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada anak2 watan kg sebayan..

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada seluruh penduduk kg sebayan terutamanya kepada ajk yg terlibat diatas usaha dan komitmen yg tinggi.. semoga kejayaan ini akan menjadi ikhtibar kepada pemuda & pemudi kg sebayan untuk terus berusaha memajukan diri dalam apa jua bidang yang diceburi.. amin..

    ReplyDelete
  3. Kita bangga menjadi anak Sebayan, kejayaan ini adalah berkat usaha AJK dan warga kampung Sebayan. Siapa kata kita tidak mampu? ini telah membuktikan kepada semua bahawa dengan kekurangan itu dan ini kita masih lagi mampu untuk berjaya. Semoga ini akan menjadi memangkin semangat kepada semua....kita di kejauhan ini perlu memikirkan sesuatu untuk disumbangkan semoga kejayaan berpihak dengan Kampung Sebayan seterusnya menjadi kebanggaan semua warga.

    ReplyDelete