Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

25 June 2014

Kampung Sebayan Johan Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia Peringkat Daerah Kudat Tahun 2014

"Assalamualaikum, tahniah kepada GDW Kg. Sebayan, Kudat sebab menjadi Johan Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia Peringkat Daerah Kudat Tahun 2014. Teruskan usaha untuk penilaian seterusnya di peringkat Negeri Sabah" - Tuan Kamaruddin Lidi, Pegawai Kemas Daerah Kudat
 
Itulah maklumat yang telah diterima pada 25/06/2014 @ 11.39 pagi ini daripada Tuan Kamaruddin bin Lidi yang merupakan Pegawai Kemas Daerah Kudat, mengesahkan bahawasanya Kampung Sebayan telah dinobatkan sebagai JohanPertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia Peringkat Daerah Kudat Tahun 2014. Ini telah disahkan oleh Pegawai MARA Daerah Kudat yang merupakan Ketua Panel Hakim ADS1M Peringkat Daerah Kudat pada mesyuarat yang diadakan sebentar tadi.
 
Majlis penyampaian hadiah dan sijil pengiktirafan akan diadakan selepas Hari Raya Aidil Fitri 2014. Seluruh warga Kampung Sebayan ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para panel ADS1M yang berkunjung ke Kampung Sebayan seterusnya menganugerahkan gelaran JOHAN kepada Kampung Sebayan. Ucapan tahniah dan syabas juga kepada seluruh barisan kepimpinan dan AJK Kampung Sebayan serta pihak persendirian yang telah bertungkus-lumus dalam usaha untuk memperolehi anugerah ini, sesungguhnya usaha barisan kepimpinan Kampung Sebayan amat-amat dihargai.
 
Jadikan Johan ADS1M di peringkat Negeri Sabah sebagai sasaran untuk meraih anugerah berganda. Inilah hasil daripada kesejahteraan komuniti, kerjasama berpasukan sebagai satu keluarga, kreativiti dan pelbagai sumbangan yang tidak terhingga. Diharapkan dengan pencapaian ini akan menjadikan warga Kampung Sebayan sebagai warga yang cemerlang dan berjaya.

Tahniah dan Syabas!!
 
(Gambar penyampaian anugerah akan dimasukkan kemudian)

20 June 2014

Aktiviti Tabika KEMAS Kampung Sebayan Bersama Jabatan Kesihatan Daerah Kudat pada 20/06/2014

Wajah ceria anak-anak kita

Aktivi sehari ini merangkumi;

1. Ceramah Kesihatan
2. Mengukur Ketinggian Kanak-kanak
3. Menimbang Berat Kanak-kanak
4. Pemeriksaan Kesihatan
5. Pertandingan Mewarna

Menimbang berat badan.....
"Nda juga berat bah kan...."

Ceramah dan tunjuk ajar mengenai penjagaan kesihatan

Mengukur ketinggian kanak-kanak
"Tinggi sudah pulak aku ni..."

Penyampaian Hadiah - Mewarna Dengan Kemas Dan Cantik
 




 
Penghargaan

Terima Kasih Jabatan Kesihatan Daerah Kudat
(Cikgu Tabika Kemas Sharifah Bayan bt Hj. Sharif Mondoi bersama pegawai daripada Jabatan Kesihatan Daerah Kudat mengabadikan kenangan bersama anak-anak
Tabika Kemas Kampung Sebayan)

17 June 2014

SENARAI SUKARELAWAN DAN SUKARELAWATI KOSPEN KAMPUNG SEBAYAN

KOSPEN

SHARIF HARRIS BIN SHARIF YASSIN
SHARIFAH BAYAN BT HJ. SHARIF MONDOI
 SHARIFAH AZIMAH BT HJ. SHARIF MOHAMAD
 SHARIFAH SALMIAH BT HJ. SHARIF AGAP
 RAFIDAH BT SALEM
 SHARIFAH SABRINA BT SHARIF ATTAR
 ERMIZA BT KARIM
 SUZI THAM
 JACKLYN MAJORONG...

 MASLINDA JAIM
 SHARIF HARIS BIN SHARIF SAI
 NARSAH BT ABDULLAH
 ASMAN BIN ASMARA
 RAIS BIN SULIN
 SHARIFAH FAZILAH BT SHARIF ALI
  SHARIF MOHD HANAFI BIN HJ. SHARIF AGAP
 NORDIN BIN BRAHIM
 NORSETIA BT DOGOL
 IRMAH BT KARIM
 AHMAD SYUKRI BIN DIMAN
 MAPINSIN BIN MORUNTING
 SUARAH BIN AHING
 HJ. SHARIF SILAN BIN HJ. SHARIF MOHAMAD
  LAINIS BT SULINGGANG
 RAHMAN BIN MAULANA
 FAZIAH BT JUSTINE

INFO PENCAPAIAN KAMPUNG SEBAYAN

KAMPUNG SEBAYAN

1. Johan - Anugerah Desa Cemerlang 2003
2. Johan - Anugerah Desa Cemerlang 2005
3. Johan - Anugerah Desa Cemerlang 2008
4. Johan - Pertandingan Keceriaan Kampung Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2008
5. Johan - Pertandingan Bertitik Anjuran Persatuan Belia Sri Kandi Kudat (PBSK) 2013
6. Naib Johan - Mewakili Parlimen Kota Marudu Pertandingan Gerak Silat 1M Kanak-kanak Tabika Kemas 2013

AHLI JAWATANKUASA KOSPEN KAMPUNG SEBAYAN 2014-2019

 Pengerusi : Sharif Harris bin Sharif Yaasin
Timb. Pengerusi: Sharifah Sabrina bt Sharif Attar
Setiausaha : Sharifah Bayan bt Hj. Sharif Mondoi
Timb. S/U : Sharifah Azimah bt Hj. Sharif Mohamad
Bendahari : Sharifah Fazilah bt Sharif Ali

AJK Kecil

1. Jacklyn bt Majorong
2. Roslind bt Mananjng
3. Suzi Tham
4. Mapinsin bin Morunting
5. Laini bt Sugirit
6. Lainis bt Sulinggang
7. Asina bt Tansung
8. Hj. Sharif Silan bin Hj. Sharif Mohamad
9. Sahadan bin Badua
10. Hj. Sharif Agap bin Sharif Akil
11. Sharifah Salmiah bt Hj. Sharif Agap

Penyelaras Program
1. Jaiseh
Aziz
2. Puan Lily Maridik


Program KOSPEN Kampung Sebayan

KOSPEN (Komuniti Sihat, Perkasa Negara)

Inisiatif “Komuniti Sihat, Perkasa Negara” (KOSPEN) adalah satu inisiatif kolaborasi antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Idea bagi inisiatif ini telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam pada bulan Julai 2013. Inisiatf ini adalah untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam penjagaan kendiri bagi mengurangkan beban penyakit tidak berjangkit (atau penyakit NCD) di Malaysia, dengan menggunakan mekanisma kerajaan di peringkat akar umbi.

Memandangkan KEMAS banyak menjalankan program-program yang melibatkan masyakarat sertahubungan rapat dengan komuniti, maka KEMAS telah menjadi agensi pilihan sebagai rakan kongsi strategic kepada KKM bagi menjalinkan kerjasama dalam usaha untuk menerapkan gaya hidup sihat di dalam masyarakat Malaysia. Perlaksanaan inisiatif ini berkonsepkan holding hands di mana KKM memberi panduan teknikal kepada pegawai KEMAS dan juga Sukarelawan yang akan melaksanakan aktiviti di komuniti manakala KEMAS dan Sukarelawan di komuniti yang dilatih akan memainkan peranan sebagai agent of change bagi membentuk amalan sihat di kalangan masyarakat.
 
Bertempat di Bilik Gerakan Desa Wawasan Kampung Sebayan, pada 04 Jun 2014 telah diadakan satu program dinamakan KOSPEN anjuran bersama Kementerian Kesihatan dan KEMAS. Matlamat program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada penduduk kampung mengenai pentingnya penjagaan kesihatan dan melatih sukarelawan yang mahir dalam pemeriksaan awal kesihatan.
 
Program seperti ini adalah yang julung kali diadakan dan ianya amat positif dengan mengambil kira situasi semasa. Semangat yang ditunjukkan oleh para peserta juga adalah yang terbaik kerana masing-masing berasa teruja dengan pengalaman yang mereka bakal tempuhi dan ingin berbakti dengan masyarakat komuniti setempat. Langkah ini difikirkan terbaik kerana dengan pemeriksaan awal yang telah dijalankan ianya akan menjimatkan masa rawatan di hospital yang sibuk, jarak yang amat jauh dan ianya mungkin boleh menyelamatkan nyawa.
 
Penerangan dan tunjuk ajar daripada fasilitator berjaya memberi kefahaman dan pengetahuan seterusnya akan melahirkan sukarelawan KOSPEN yang berpengetahuan.
 
Sekitar Program KOSPEN Kampung Sebayan


Gambar Kenangan : Fasilitator dan Peserta Program

Taklimat Modul Pemakanan Sihat Dan Pengurusan Berat Badan

Peserta yang juga akan menjadi sukarelawan KOSPEN sedang mendengar taklimat dan tunjuk ajar daripada Fasilitator

Terima Kasih kepada penganjur, ilmu yang diberikan ini amat bernilai.

Penerangan oleh Fasilitator sebelum pembelajaran pemeriksaan tekanan darah dilakukan

Pembelajaran membuat pemeriksaan tekanan darah

Berapa tinggi aku ni?

Penduduk kampung Sebayan amat menghargai sumbangan pihak terlibat dengan penganjuran program KOSPEN ini yang telah melahirkan sukarelawan KOSPEN secara tidak langsung telah mendidik penduduk kampung betapa pentingnya menjaga kesihatan. Perkara yang terbaik dan amat bermakna yang telah diperolehi sepanjang program ialah 'Ilmu' peserta dapat menimba ilmu dan ilmu ini dibawa ke kampung Sebayan. Diharapkan peserta yang terlibat dapat memanfaatkan ilmu yang telah diperolehi untuk diri sendiri dan keseluruhan komuniti kampung Sebayan.
 
 

16 June 2014

Anugerah Desa Sejahtera (ADS) 2014 - Sekitar Penilaian Panel ADS Pada 16 Jun 2014

Ceria...

Menanti ketibaan Pasukan Penilai ADS 2014
"Menanti dengan alu-aluan 'bertitik'..."

Hanya bakat terpendam yang mampu kami persembahkan...selamat datang
Pasukan Penilai ADS 2014 ke kampung kami.

Pasukan Penilai ADS 2014


Kreatif...dihasilkan oleh saudara Sahadan bin Badua @ Sallu

"sempat lagi dorang ni..."

Salah seorang AJK...di kampung kami panggil dia ni Cikgu Ipah..

Mungkinkah keputusan positif yang diperolehi? kita doakan...

Barisan Pasukan Penilai ADS bersama barisan kepimpinan dan AJK Kampung Sebayan.
'Terima Kasih Kerana Sudi Datang Ke Kampung Kami..."

13 June 2014

Kudat

Kudat adalah sebuah bandar dan daerah di Sabah, Malaysia timur, di utara pulau Borneo. Ia berfungsi sebagai pusat pentadbiran untuk bahagian Kudat, yang termasuk bandar-bandar Kudat, Pitas, Kota Marudu, dan beberapa pulau luar pesisir.


Kudat terletak di utara Sabah, iaitu kira-kira 190 kilometer di utara Kota Kinabalu. Di barat Kudat, menghadap Laut China Selatan, dan di timur Kudat menghadap laut sulu. Kudat terletak pada garis lintang 6°55'utara, garis bujur 116°50'timur.

 

Menara jam Kudat yang suatu masa dahulu menjadi bualan ramai

Penduduk Kudat (anggaran 1991) adalah 56,000. Komposisi etnik yang utama ialah Rungus, merupakan sub-etnik bumiputra kadazan. Kira-kira 10% penduduk adalah etnik Cina, dan terdapat juga minoriti etnik Bajau, Dusun, Murut, Bugis, Suluk dan Melayu. Bagaimanapun, terdapat juga pendatang asing daripada Mindanao dan kepulauan Sulu.Walau bagaimanapun 51% penduduk Daerah Kudat adalah bumiputera beragama islam ( Bajau Bannaran,Ubian,Sungai, Brunei,Bajau dan Kagayan ), ikuti bumiputera etnik Rungus 30% dan etnik Cina 19%.



Pekan Kudat
 
Bandar ini ditubuhkan oleh A H Everett daripada British North Borneo Company (Syarikat British Borneo Utara) pada 7 Disember 1881 dan menjadi ibu negeri pertama British Borneo Utara, hal ini disebabkan lokasi geografi yang strategik. Kudat mendapat nama awalnya daripada perkataan Bajau-Bannaran iaitu kata "Takudat" yang bermakna Terkejut. Sebelum kedatangan British Ke Kudat, dan sebelum Kudat mendapat namanya kawasan bandar Kudat ditadbir oleh Maharaja Panglima Untung atau nama sebenarnya Hj Abdul Rahim ( beliau merupakan seorang yang berketurunan Suluk-Bannaran/sungai dan beliau merupakan bapa kepada ibu Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun.


Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Datu Hj. Mustapha Datu Hj. Harun
SMN, SPDK, SIMP, PNBS, SPMJ, SPMP, SPCM, KCRL (Lubnan), KVO, OBE (England).

Beliau dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Tampakan, Kudat, Sabah. Beliau adalah anak ke-3 Datu Harun Datu Nasaruddin dan Norani Abdul Rahim. Bapanya bebangsa Suluk dan ibunya adalah Bajau Bannaran. Beliau mempunyai 8 adik-beradik. Adik-beradiknya; Dayang Bidari, Dayang Siti Sarah, Datu Mustapha, Dayang Karum, Datu Aliudin, Datu Muhammadun, Dayang Tahiyah & Dayang Khadijah.
 


Hj Abdul Rahim memerintah Teluk Marudu selepas era Shariff Usman. Beliau Pemerintah Bebas yang diiktiraf oleh Kesultanan Sulu dan British. Haji Abdul Rahim bersepupu dan merupakan salah seorang guru ilmu kebatinan kepada Datu Paduka Mat Salleh atau dikenali juga sebagai Haji Abdul Salam ) yang telah diberikan kekuasaan oleh Sultan Sulu untuk mentadbir wilayah utara Kudat (termasuk Talaga dan Pitas ) berpusat di Limau-limauan ( Kudat ).




Sewaktu A H Everett datang ke Kudat, beliau telah menaiki kapal Besar dan membunyikan hon dan meriam sebagai menandakan kedatangannya ke pantai Kudat. Tindakan ini mengejutkan Hj Abdul Rahim dan mengatakan beliau "Takudat" atau terkejut dengan peristiwa ini. Beliau dan pengikutnya telah menemui A H Everett dan mengalu-alukan kedatangannya ke Kudat. A H Everett telah menerangkan kedatangan beliau ke Kudat dan menerangkan bahawa Sabah telah dipajakkan oleh Sultan Sulu ke pada Kompeni British dan pihak kompeni ingin membuka pelabuhan dan menjadikan pusat pentadbiran di situ atas cadangan dan nasihat Sultan Sulu.
 

Wajah Baharu Bandar Kudat

Keindahan Bandar Kudat di waktu petang
 
A H Everett bertanyakan kepada Hj Abdul Rahim apakah nama tempat itu.Hj Abdul Rahim menerangkan bahawa tempat itu belum bernama tetapi mengatakan beliau 'tekudat' atau terkejut dengan kedatangan pihak kompeni British. A H Everett mengulangi kata-kata KUDAT! dalam loghat British dan menyebut Yes Kudat...Sejak itu tempat itu dipersetujui untuk dinamakan sebagai KUDAT. Walau Bagaimanapun, setelah berkali-kali diserang oleh lanun , selepas beberapa tahun British beralih ke pelabuhan Sandakan yang lebih selamat di timur Sabah.
 
 
Wajah baharu Kampung Air
 
Pada awalnya, Kudat bukanlah lokasi popular untuk pelawat-pelawat asing. Bagaimanapun beberapa resort moden dan padang golf yang telah dibina terutamanya semasa Datuk Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri Sabah berjaya menjadikan tempat ini sebagai destinasi baru pelancong dalam dan luar negeri. Tarikan setempat termasuklah rumah panjang Rungus di Bavang Gazo, di mana di tempat ini juga gong tradisional dibuat daripada loyang, dan madu lebah dihasilkan serta Tanjung Simpang Mengayau, titik paling utara di pulau Borneo. (Rujukan; wikipedia.org)
 
 
The Tip Of  Borneo - Tanjung Simpang Mengayau
 

12 June 2014

Kampung Sebayan

Lokasi Kampung Sebayan

Mesyuarat AJKKP Kg. Sebayan Sesi 2014/2016 Felcra Kawasan Kudat di Marina Kudat

Tengah bermesyuarat dorang-dorang ni, semoga ada perkembangan positif yang memberikan faedah terbaik untuk penduduk kampung kita. Pada tarikh dan masa ini, mesyuarat sedang berlangsung. Gambar ehsan; Sharif Bakir

Gambar ehsan; Ustaz Diman

Orang-orang kuat Sebayan...
Gambar ehsan; Sharif Bakir

10 June 2014

Bangsa Bajau Di Sabah Memerlukan Pengklasifikasian Yang Jelas

"BAJAU adalah terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah sejak beberapa ratus tahun yang lama dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya. Manakala di sebelah Pantai Barat mereka dikenali sebagai Bajau Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.
 
 
Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal dengan penunggang kuda, pembuatan parang dan menjadi pesawah serta penternak. Pada masa yang sama juga, masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies" Panglima Di laut, Pelaut dan Pelayar Terunggul.”
 
 
Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Marudu, Kota Belud dan Papar. Manakala Orang Bajau Pantai Τimur pula menetap di sekitar Κudat, Ѕandakan, Lahad Datu, Κunak, Semporna dan Tawau.
 
 
Bajau Samah yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau Samah dan Irranun di Kota Belud. Pedang Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualitinya dan senang di perolehi sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata yang harus di beli oleh para pelancong dari luar negara mahupun dalam negeri yang singgah ke Kota Belud.
 
 
Orang Bajau Samah Pantai Вarat adalah berbeza dengan Orang Bajau Рantai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisi, pemakanan adat resam dan budaya hidup adalah sangat-sangat berbeza. Masyarakat Bajau Samah Pantai Barat banyak yang terlibat dengan pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut." - Sumber wikipedia.org bahasa Melayu
 
 
Begitulah penterjemahan dan andaian penterjemah sejarah atau orang perseorangan yang mentafsirkan Bangsa Bajau mengikut selera sendiri tanpa rujukan yang tepat. Pengetahuan kita di Sabah amat berbeza dengan apa yang tercoret seperti di atas, Bajau Kota Belud, Bajau Tuaran, Bajau Kudat-Kota Marudu, Bajau Laut, Bajau Semporna-Ubian yang terdapat di Pulau Banggi dan Kudat (mempunyai persamaan). Persepsi masyarakat Malaysia terutamanya di Semenanjung mengandaikan bahawa Bangsa Bajau adalah Bajau Semporna. Bangsa Bajau atau jomosama adalah merujuk kepada bangsa Bajau dari Kota Belud, Tuaran, Papar, Kudat dan Kota Marudu ini yang masyarakat di Sabah tahu.
 
 
Penulis ingin mencadangkan agar pengklasifikasian dilakukan oleh mereka-mereka yang berkaitan dan bertanggungjawab agar tidak berlaku kecelaruan identiti bangsa Bajau itu sendiri. Insiden Lahad Datu sedikit sebanyak telah mewujudkan beberapa persepsi negatif terutamanya kepada bangsa Bajau yang kononya adalah pengganas Sulu. Kerajaan Negeri Sabah mungkin perlu melakukan sesuatu dengan menggunapakai sejarahwan, penduduk kampung dan ketua suku kaum, Universiti Malaysia Sabah dan sumber-sumber yang sahih. Ini penting bagi menampakkan begitu indahnya Sabah yang didiami oleh masyarakat berbilang kaum dan etnik yang selama ini telah mewarnai keunikan Sabah Negeri Di bawah Bayu.
 
 
Penulis juga ingin mencadangkan kepada mereka-mereka yang mempunyai pengetahuan, bijak pandai, arif dan berpengaruh untuk mewujudkan Kamus Bahasa Bajau. Ini dilihat amat penting kerana kita takut pada masa akan datang, generasi muda akan lupa dan tidak tahu bertutur dialek asal warisan mereka yang mungkin diakibatkan oleh transmigrasi, perkahwinan campur dan faktor-faktor yang mungkin akan menyumbang kepada situasi ini. Ini perlu difikirkan dan diambil tindakan.
 
 
"Allahyarham Tuanku Sharif Osman dan sahabat-sahabatnya adalah pejuang yang mempertahankan tanahair tetapi sejarah Barat mengatakan mereka ini adalah lanun yang kita tahu adalah suatu penyelewengan fakta sejarah hanya kerana menentang penjajah Barat. Kita tidak mahu ianya akan berulang, oleh itu sesuatu perlu dilakukan"
 
 
Tidak banyak tetapi mungkin sedikit, cadangan yang terbaik mungkin boleh menjadikan bangsa kita terbilang suatu hari nanti, in sha Allah.

09 June 2014

Rezeki Naik Ke Darat

Saat-saat mendebarkan apabila sesuatu dikesan sedang bergerak di hadapan kampung.
Operasi pemburuan pun bermula.


Pari atau Pai telah berjaya ditewaskan berserta dengan bonus, seekor ikan.


Inilah dia...seekor pari serta seekor ikan yang berjaya ditewaskan.



Kenduri satu kampung. "Ling jomo amun teko no rezeki, sikot teba pan un daing"
Meriah dan happening di kampung kita. Peristiwa ini berlaku 2 minggu lepas dari tarikh artikel ini di post.
Imej dirakam pada 09/06/2014 oleh Sharifah Bayan

Inilah rutin nelayan di kg.Sebayan

Dan...inilah rezeki yang Allah SWT kurniakan....