Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

11 January 2011

Maklumat Asas Kg Sebayan

Kampung Sebayan terletak di antara dua daerah iaitu Daerah Kudat dan Daerah Kota Marudu. Kg Sebayan juga terletak di bawah pentadbiran Daerah Kecil Matunggong yang pernah terkenal sebagai tempat melihat gerhana matahari penuh.

Kampung ini terletak di persisiran pantai di dalam kawasan Teluk Marudu dan berhadapan dengan Daerah pitas. Sumber ekonomi utama Kampung Sebayan adalah perikanan dan semenjak kemasukan Felcra secara langsung telah mengubah prospek ekonomi dan landskap kampung Sebayan sepenuhnya.



Carta Organisasi Kampung Sebayan

PENASIHAT
Sharif Azad bin Sharif Atar
PENGERUSI
Sharif Garman bin Sharif Mondoi
TIMBALAN PENGERUSI
Sharif Ali bin Sharif Indun
S/USAHA DAN BENDAHARI
Hj.Sharif Silan bin Sharif Mohamad
PENDIDIKAN, EKONOMI DAN H/EHWAL WANITA
Sharif Azimah bte Sharif Mohamad
KEBUDAYAAN DAN AGAMA
Aman bin Apang
KESELAMATAN, KEBERSIHAN DAN KESIHATAN AWAM
Bidin bin Abdullah

Kampung Sebayan mempunyai 1 DUN iaitu N4 Matunggong wakil rakyat YB Sarapin Maganah manakala Parlimen iaitu P.168 Bandau wakil rakyat YB Datuk Dr.Maximus Ongkili. Tempat mengundi di SK Sebayan manakala daerah mengundi Kampung Nangka dengan jumlah 222 orang pemilih. Ketua kampung Sharif Yasin bin Sharif Bakar (Allahyarham) dan Pengerusi JKKK Sharif Garman bin Sharif Mondoi.Kawasan kampung telah diwartakan dengan keluasan 760 akar dengan 60 buah rumah.

Jumlah penduduk seramai 163 orang dengan lelaki 69 orang dan perempuan 94 orang. Selain daripada penduduk daripada suku kaum Bajau terdapat juga penduduk kampung daripada suku kaum Suluk.

Pendidikan tidak pernah diabaikan dan ini terbukti dengan adanya sekolah rendah, Tabika, Taska dan kelas Kafa. Selepas melalui persekolahan di peringkat rendah kanak-kanak melanjutkan pelajaran di peringkat menengah seperti di daerah Kudat, Pinawantai dan Sikuati. Terdapat penduduk kampung yang telah berjaya dalam pelajaran dan melanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi hingga ke peringkat PHD.

Kampung yang berdekatan seperti Kampung Kondopi, Kampung Barangkason, Kampung Pukah, Kampung Mompilis, Kampung Induon. Jarak dari Kampung Sebayan ke Daerah Kudat 57 km dan ke Kota Marudu 46 km yang boleh dihubungkan menggunakan kereta dan perahu.

Kebudayaan

Kehidupan di kampung memang tidak boleh dipisahkan dengan kebudayaan dan kesenian. Beberapa kenis kebudayaan dan kesenian yang masih diamalkan warisan daripada nenek moyang seperti berunsai, bertitik, kompang, bernasyid, berjanzi, pertukangan kayu termasuk membuat rumah dan perahu, pertukangan besi (perniagaan membuat grill), kraftangan (menganyam rinago, menganyam tikar dan tudung saji dari mengkuang), membuat atap dan kajang dan jahitan.

Kemudahan Infrastruktur

Jalanraya tidak berturap daripada simpang jalan laluan utama Kota Marudu ke Kudat masuk ke Simpang Kampung Kondopi. Manakala dari Simpang Kampung Kondopi ke Kampung Sebayan adalah berturap 1 lorong. Ketiadaan bekalan air bersih menyulitkan penduduk mendapatkan bekalan air bersih. Hingga ke hari ini penduduk kampung masih bergantung dengan bekalan air daripada perigi. Ketiadaan sistem pembentungan menyebabkan kesulitan penduduk mendirikan tandas awam atau tandas persendirian.

Diharapkan pentadbiran Pejabat Derah dan wakil rakyat yang telah dipilih mengatasi masalah bekalan air bersih dan sistem pembentungan yang telah menyulitkan penduduk kampung sejak sekian lama. Jalanraya yang ada juga kurang selesa dengan permukaan tidak diturap serta sering rosak akibat hujan lebat dan ini mengakibatkan perhubungan penduduk kampung terjejas dari aspek sosial dan ekonomi. Akibat daripada kerosakan jalanraya ini telah menyebabkan kerosakan yang teruk kepada kenderaan persendirian dan awam yang melalui jalan ini dan seterusnya telah meningkatkan perbelanjaan penduduk kampung untuk membaik pulih kerosakan kepada kenderaan masing-masing.

Kampung ini mempunyai pemandangan yang cantik dan pantai yang bersih dan tidak mustahil suatu hari nanti ada produk pelancongan yang akan wujud di kampung ini seterusnya boleh menjana pendapatan penduduk.

No comments:

Post a Comment