Kampung Sebayan, Kudat, Sabah

24 December 2011

Apa Khabar Orang Kampung

Salam sejahtera....

Agak terlalu lama tidak mencoret di paparan ini....disebabkan agak sibuk dengan satu lagi laman web induk saya iaitu www.jomosama.com yang banyak menceritakan mengenai produk makanan tambahan untuk kesihatan terbaik untuk tubuh kita. Saya telah terlibat dalam urusan makanan kesihatan ini setelah melihat sendiri emak yang disayangi sembuh dari masalah penyakit saraf yang dialami sejak sekian lama. Doktor hanya mengatakan 'tekanan darah rendah'. Emak hanya mampu terbaring, makan nasi berlaukkan gula, tidak boleh berpeluh dan sakit pada bahagian kaki.

Alhamdulillah selepas 4 hari emak telah pulih dari masalah kesihatan. Produk tu dikenali sebagai Chitosan Koyoworld. Anda dialu-alukan untuk melawat website saya www.jomosama.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini dan faedah yang akan diperolehi.

Chitosan Koyoworld

29 August 2011

Slamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Assalamualaikum...

Selamat Menyambut Hari Raya untuk sekemimon warga Sebayan, semoga Hari Raya tu menjadi perayaan yang paling menggembirakan kam sekeluarga. Kami tak perantauan tu maku doa tak Allah S.W.T semoga kam sekemimon beroleh kesihatan yang paling alap ko bersyukur poso ti tahun tu peno. Abah ku Sharif Mondoi, emak ku Siloi bte Anang ko adik beradik ku Ust Sh. Garman, Sharifah Minah ( Atang ), Sharifah Norli (Si Nuri) ko Sharifah Bayan ( Ipah ) ingin menyusun 10 jari maku ampun ko maaf sekiranya kami dikau keluarga un muat silap selama kami temban tak Sebayan tu. Harapan kami amun kelapagan bi bah pesorong tek pe rumah. Un jo setakat Kopi sajuk ko biskut dikau duo...

Amun dedau...songom tu mesti ngeletup no timbak boo, bioso no peranak jajal  dokom kami tu dedau. Alhamdulillah peranak jajal dokom kami tu ai no jaji jomo bana, beguno tak bangsa ko agama.


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

31 July 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Esok telah disahkan adalah bermulanya berpuasa bagi seluruh Malaysia. Ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh penduduk Kampung Sebayan. Pekerjaan anda yang semestinya mencabar dengan meredah ombak dan gelora demi sesuap nasi bagi menyara anak-anak dan isteri. Bulan Ramadhan bukanlah halangan yang besar kepada anda untuk tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai anak, bapa dan hamba-Nya. Pekerjaan anda yang menuntut sepenuh tenaga sudah semestinya satu cabaran kepada anda untuk memenuhi tuntutan agama sepanjang Ramadhan ini. Sabar, bersyukur dan yakin Allah tahu apa yg terbaik untuk kita.

Udang, Ketam, ikan dan hidupan laut yang lain sudah semestinya telah sebati dengan anda. Saling bergantung antara satu sama lain dan yang sama adalah semuanya makhluk Allah. Sumbangan berbeza tetapi matlamat sama beribadah kerana Allah. Apa yang sepatutnya membanggakan anda ?  Ya! rezeki yang halal..

Ungus Sebayan menjadi saksi anda pergi ke laut dan balik semula bersama hasil laut dan tidak kurang juga yang balik tanpa sebarang tangkapan. Percayalah Allah telah menentukan yang terbaik untuk anda. Apa yang perlu kita lakukan adalah melaksanakan tanggungjawab kita kepada Allah dan yakinlah bahawa Allah itu Maha Pemurah..

Selamat Berpuasa...

26 February 2011

Kudat History

File:KudatLocationMap.PNG

Kudat

Kudat is a town in Sabah, a state in the eastern part of Malaysia, on the northern tip of Borneo island. It serves as the administrative center for the Kudat Division, which includes the towns of Kudat, Pitas, Kota Marudu, and some offshore islands.

Kudat is located on the northern part of Sabah, some 190 kilometers north of Kota Kinabalu, the state capital. On the west, it faces the South China Sea, and on the east the Sulu Sea. It is at latitude 6°55'north, longitude 116°50'east.

Kudat's population (2000) was 68,242. The ethnic composition is mainly Rungus, a sub-group of the indigenous Kadazan. About 10% of the population is ethnic Chinese, and there are minorities of Bajau, Dusun, Murut, Bugis, and Malay. However, there is also a considerable number of unregistered illegal immigrants from the nearby Philippines, notably from the Sulu regions and Mindanao.

 
Kudat
 
The town was founded by A H Everett of the British North Borneo Company on December 7, 1881 to be the first capital of British North Borneo, due to its strategic geographic location. However, after being repeatedly raided by Bajau, Sulu and Illanun pirates, in 1883 the capital was shifted to the more secure port of Sandakan, on the east coast.

It is not a well known location for foreign visitors, however, there is a notable modern beach resort near the town, Kudat Golf & Marina Resort, which offer good foods and accommodation. The resort and the adjoining golf course was built on reclaimed land done in 70s by the then Chief Minister of Sabah Tun Dato Mustapha. The late Tun Mustapha was from Limau-limaun, across the bay from Kudat. The golf club is the oldest golf club in Borneo, Kudat Golf Club, founded in 1906, currently a 18 holes par 72 championship course. Other attractions include tours to nearby Rungus longhouses, where traditional brass gongs are made, and where honey is produced and to Tanjung Simpang Mengayau, the northernmost point on the island of Borneo.

During World War II, the Japanese Imperial Army built and maintained an air field here. The airfield was built by locals and forced labour from Java, Indonesia using coral stones as base. Many Indonesian died from disease and hunger. In 1945, B25 bombers of the United States Far East Air Force repeatedly bombed the air field and put it out of action. The current airfield operated by Malaysian Airport Berhad is built on part of the former military air field

Utusan Malaysia Online - Polis & Tentera

Utusan Malaysia Online - Polis & Tentera

Salam sejahtera....

Ini adalah cerita dan salah satu pengalaman semasa bertugas sebagai Pegawai Polis Diraja Malaysia yang telah dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan negara di perbatasan. Menjunjung amanah yang terpikul memerlukan pengorbanan dan semangat pertiwi. Kecintaan terhadap negara tidak pernah berbelah bagi dan kita sebagai anak Malaysia hendaklah membuat sumbangan dan pengorbanan untuk memastikan negara sentiasa aman, tenteram, harmoni dan berjaya.

Ini cerita, pengalaman dan sumbangan saya... mungkin anda sebagai warga dan penduduk Kampung Sebayan yang telah memberi sumbangan apa sahaja untuk memajukan diri, keluarga, negeri ataupun negara. Mungkin ruangan ini boleh satu wadah kita berkongsi bersama untuk menceritakan sumbangan kita. Mudah-mudahan diri kita, keluarga, masyarakat, negeri dan negara boleh berbangga dengan kita.


Sebayan......

17 February 2011

Maklumat Mengenai Chitosan Koyoworld Makanan Tambahan Kesihatan Terbaik


 
 Chitosan Koyoworld
(serbuk Chitosan dalam bentuk kapsul)

 Sumber Untuk Menghasilkan Chitosan
(dihasilkan daripada kaki ketam)
Keratan Rentas Saluran Darah Yang Tidak Normal-penyebab kepada tekanan darah tinggi dan penyakit yang lain disebab oleh peredaran darah
Koyo Chitosan originated from shells of red crab legs which live in deep ocean, extracted Chitin is the main source to produce Chitosan-Related products, can reach out purity at more than 99%. Koyo Chitosan is a finished product from animal fiber through the process of Chitin deacetylation. Koyo Chitosan which is from shells of red crab, enriched with pure and natural animal fiber, is also the only fiber food with charge positive of cation in the whole universal.
In the theory of functional, the product has been proven to obtain the significant benefit for human body, is categorized as “Ambassador of Human Body Protection”, “Scavenger of Human Body” and “The Latest and The Best Growth Nutrient of 21’s Century”


31 January 2011

Warna Warni Kampung Sebayan

Pemandangan Udara

Panorama indah

Sebahagian perumahan


Pemandangan jam 6.00 pagi

Jeti Sebayan
(tengok klip video lagu Ungus Sebayan dalam You Tube)
"Guyak-guyak beramburan".....
"Tak patar ungus Sebayan".....
Terima kasih dan syabas kepada Komposer yang telah menghasilkan lagu yang cukup sedap didengar bak kata orang kampung " Pelele tak jata bue ". Penyanyi lagu adalah anak jati Kampung Sebayan.


Bagi menghalang hakisan ombak tembok konkrit dibina sepanjang pantai.

Pemandangan biasa di kampung Sebayan

Bot yang biasa digunakan untuk ke laut
(orang kampung gelar 'speed boat')

Keindahan anugerah Illahi
Tenggelamnya mentari di ufuk barat

Rezeki boleh didapati di mana-mana asalkan kita berusaha..
(Sharif Harris dengan budak-budak tu)

Aktiviti biasa dilihat..
(Sharif Nanang...ni nama famous di kampung)

Salah satu sumber air bersih (telaga kumpa) selain telaga Allahyarham Wafat Sharif Akil (abah Sharif Agap) semoga pahala yang diperolehi sentiasa mengalir seperti setiap titisan air telaga itu..insyallah.

Jalanraya berturap hanya daripada Sekolah Sebayan ke kampung ini
(Efah...) 

Sharif Garman bin Sharif Mondoi (kanan)
JKKK Kampung Sebayan

Nak yang segar dan berbaloi untuk wang anda,datanglah ke kampung Sebayan...banyak lagi yang anda boleh perolehi udang segar dan lain-lain semuanya segar pada harga kampung..murah bah!!

Ni pun ada...
orang kampung panggil 'Tangkul'


Sebarang pertanyaan, maklumat dan ingin mengetahui mengenai makanan tambahan untuk kesihatan yang dikenali sebagai Chitosan Koyoworld boleh berhubung dengan JKKK Kampung Sebayan di talian 013-875 6402 Ust Sharif Garman bin Sharif Mondoi. Produk ini telah mendapat permintaan yang tinggi di seluruh Semenanjung Malaysia dan telah diketahui amat berkesan untuk menjaga kesihatan dan mampu mengatasi sebarang masalah kesihatan..Insyallah.

Kampung Sebayan

Lautan yang menjadi sumber rezeki

 Jeti yang menjadi nadi kepada nelayan

11 January 2011

Maklumat Asas Kg Sebayan

Kampung Sebayan terletak di antara dua daerah iaitu Daerah Kudat dan Daerah Kota Marudu. Kg Sebayan juga terletak di bawah pentadbiran Daerah Kecil Matunggong yang pernah terkenal sebagai tempat melihat gerhana matahari penuh.

Kampung ini terletak di persisiran pantai di dalam kawasan Teluk Marudu dan berhadapan dengan Daerah pitas. Sumber ekonomi utama Kampung Sebayan adalah perikanan dan semenjak kemasukan Felcra secara langsung telah mengubah prospek ekonomi dan landskap kampung Sebayan sepenuhnya.



Carta Organisasi Kampung Sebayan

PENASIHAT
Sharif Azad bin Sharif Atar
PENGERUSI
Sharif Garman bin Sharif Mondoi
TIMBALAN PENGERUSI
Sharif Ali bin Sharif Indun
S/USAHA DAN BENDAHARI
Hj.Sharif Silan bin Sharif Mohamad
PENDIDIKAN, EKONOMI DAN H/EHWAL WANITA
Sharif Azimah bte Sharif Mohamad
KEBUDAYAAN DAN AGAMA
Aman bin Apang
KESELAMATAN, KEBERSIHAN DAN KESIHATAN AWAM
Bidin bin Abdullah

Kampung Sebayan mempunyai 1 DUN iaitu N4 Matunggong wakil rakyat YB Sarapin Maganah manakala Parlimen iaitu P.168 Bandau wakil rakyat YB Datuk Dr.Maximus Ongkili. Tempat mengundi di SK Sebayan manakala daerah mengundi Kampung Nangka dengan jumlah 222 orang pemilih. Ketua kampung Sharif Yasin bin Sharif Bakar (Allahyarham) dan Pengerusi JKKK Sharif Garman bin Sharif Mondoi.Kawasan kampung telah diwartakan dengan keluasan 760 akar dengan 60 buah rumah.

Jumlah penduduk seramai 163 orang dengan lelaki 69 orang dan perempuan 94 orang. Selain daripada penduduk daripada suku kaum Bajau terdapat juga penduduk kampung daripada suku kaum Suluk.

Pendidikan tidak pernah diabaikan dan ini terbukti dengan adanya sekolah rendah, Tabika, Taska dan kelas Kafa. Selepas melalui persekolahan di peringkat rendah kanak-kanak melanjutkan pelajaran di peringkat menengah seperti di daerah Kudat, Pinawantai dan Sikuati. Terdapat penduduk kampung yang telah berjaya dalam pelajaran dan melanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi hingga ke peringkat PHD.

Kampung yang berdekatan seperti Kampung Kondopi, Kampung Barangkason, Kampung Pukah, Kampung Mompilis, Kampung Induon. Jarak dari Kampung Sebayan ke Daerah Kudat 57 km dan ke Kota Marudu 46 km yang boleh dihubungkan menggunakan kereta dan perahu.

Kebudayaan

Kehidupan di kampung memang tidak boleh dipisahkan dengan kebudayaan dan kesenian. Beberapa kenis kebudayaan dan kesenian yang masih diamalkan warisan daripada nenek moyang seperti berunsai, bertitik, kompang, bernasyid, berjanzi, pertukangan kayu termasuk membuat rumah dan perahu, pertukangan besi (perniagaan membuat grill), kraftangan (menganyam rinago, menganyam tikar dan tudung saji dari mengkuang), membuat atap dan kajang dan jahitan.

Kemudahan Infrastruktur

Jalanraya tidak berturap daripada simpang jalan laluan utama Kota Marudu ke Kudat masuk ke Simpang Kampung Kondopi. Manakala dari Simpang Kampung Kondopi ke Kampung Sebayan adalah berturap 1 lorong. Ketiadaan bekalan air bersih menyulitkan penduduk mendapatkan bekalan air bersih. Hingga ke hari ini penduduk kampung masih bergantung dengan bekalan air daripada perigi. Ketiadaan sistem pembentungan menyebabkan kesulitan penduduk mendirikan tandas awam atau tandas persendirian.

Diharapkan pentadbiran Pejabat Derah dan wakil rakyat yang telah dipilih mengatasi masalah bekalan air bersih dan sistem pembentungan yang telah menyulitkan penduduk kampung sejak sekian lama. Jalanraya yang ada juga kurang selesa dengan permukaan tidak diturap serta sering rosak akibat hujan lebat dan ini mengakibatkan perhubungan penduduk kampung terjejas dari aspek sosial dan ekonomi. Akibat daripada kerosakan jalanraya ini telah menyebabkan kerosakan yang teruk kepada kenderaan persendirian dan awam yang melalui jalan ini dan seterusnya telah meningkatkan perbelanjaan penduduk kampung untuk membaik pulih kerosakan kepada kenderaan masing-masing.

Kampung ini mempunyai pemandangan yang cantik dan pantai yang bersih dan tidak mustahil suatu hari nanti ada produk pelancongan yang akan wujud di kampung ini seterusnya boleh menjana pendapatan penduduk.

Sejarah Kampung Sebayan

Pada Tahun 1928 salah seorang lelaki daripada keturunan Sharif yang bernama Tuanku Sharif Sheh Al-Darus telah menemui sebuah kawasan di persisiran pantai di dalam kawasan Teluk Marudu yang mempunyai pantai yang bersih dan indah. Pada pendapat beliau kawasan tersebut sesuai untuk dijadikan kawasan tempat tinggal.

Keluasan yang terdapat pada kawasan tersebut adalah seluas 50 ekar yang bersempadanan dengan kawasan persisiran pantai bermula dari Torong Batu Laut Matunggong hingga ke kawasan tanah perkuburan Tampat.

Imej Satelit Kampung Sebayan


Disebabkan oleh sumber kehidupan senang didapati di kawasan persisisran pantai ini terutamanya hasil laut telah mendorong sanak saudara Tuanku Sharif Sheh Al-Darus dan masyarakat yang lain untuk sama-sama meneroka kawasan ini. Kebanyakan mereka yang mula mendiami penempatan ini adalah daripada suku kaum Bajau.

Apabila Tuanku Sharif Sheh Al-Darus melihat kawasan ini telah mula diduduki dan giat diteroka oleh sanak saudara beliau dan masyarakat yang lain maka beliau berpendapat perlu ada satu nama yang perlu diberikan untuk kawasan penempatan ini. Akhirnya beliau memberikan nama kawasan penempatan ini sebagai Sibai-sibai yang memberi maksud tempat orang lalu lalang atau dalam bahasa Sabah limpas. Apabila sampai suatu ketika nama Sibai-sibai telah ditukar kepada nama Sebayan.

Setelah kawasan perkampungan ini telah diiktiraf oleh Pejabat Daerah Kudat sebagai sebuah kawasan perkampungan maka ia telah dikenali sebagai Kampung Sebayan. Pada tahun 1996, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah memasukkan Kampung Sebayan ke dalam program Gerakan Desa Wawasan (GDW). Nama program ini telah diubah pada tahun 2002 kepada Gerakan Daya Wawasan.